Video| Warga emas kurang penglihatan! Rayu ihsan simpati! Tak ada duit nak bayar sewa rumah!

Published by
KitaReporters

Kebetulan dalam kereta ada sebungkus kuih dan keluarga berkenaan menghulurkannya kepada lelaki warga emas berkenaan.


ANDA ada keluarga sudah berumur, jangan biarkan mereka meronda mengukur jalan tanpa tentu arah tujuan apatah lagi menjadi pengemis. Uruskan kehidupan harian mereka dengan cara terbaik supaya tidak menimbulkan masalah kepada ahli keluarga dan masyarakat.

Lebih-lebih lagi jika warga emas itu sudah tidak begitu sihat sama ada mengalami penyakit kronik mahupun yang masih pada peringkat awal termasuk masalah penglihatan kurang jelas dan ada ketikanya perlukan bantuan orang lain.


Lagi cerita-cerita pilu mengenai pengemis


Lelaki warga emas ini tersenyum bila dapat rasa RM50 yang diberikan oleh salah penderma semasa meletakkan kenderaan di tepi jalan. - Kredit foto: Video TikTok @farasharina.


Sebagai anak atau ahli keluarga mereka seperti ini tolong jaga dan pastikan supaya sentiasa duduk di rumah sama ada melakukan kerja-kerja ringan membersih kawasan sekitaran, menanam pokok, memelihara ternakan dan sebagainya jika tidak boleh duduk diam.

Bagi yang beragama Islam doronglah mereka sama-sama menumpukan hidup yang masih tersisa dengan melakukan amal ibadat lebih-lebih lagi jika tinggal berhampiran surau atau masjid.

Kita perlu menjadi antara pendorong supaya warga berusia hidup ke arah lebih bermakna bukan membiarkan mereka ke hulu ke hilir tanpa tujuan dan menjadi pengemis jalanan hingga boleh menimbulkan masalah.


Mohon ihsan simpati untuk bayar sewa rumah bulan kata lelaki warga emas kepada wanita yang berada dalam kereta. Kedua-dua mereka bercakap dalam loghat Kelantan.


Sebuah video yang dipaparkan melalui aplikasi TikTok dengan nama akaunnya @farasharina mempertontonkan seorang lelaki warga emas dengan penglihatan kurang jelas bergerak ke sana ke sini bagi menagih simpati untuk mendapatkan wang daripada sesiapa sahaja yang ditemuinya.

Bagi keluarga ini, Fara Sharina dan anak-anaknya, menemui warga emas berkenaan di tepi sebatang jalan melihat dengan rasa sedih lagi simpati kerana keadaannya berjalan dengan tidak stabil disebabkan penglihatannya kurang jelas untuk mendekati kereta mereka yang diletakkan di tepi jalan. 

Dengan keadaan terhoyong hayang sambil mendekati kereta, pak cik itu memohon ihsan simpati mendapatkan wang kerana katanya perlu membayar sewa rumah RM110 sebab dia tak ada duit, ujar pemilik video berkenaan.

Fara Sharina dengan penuh rasa kasihan menghulurkan sebungkus kuih yang memang ada di dalam kereta sambil bertanyakan apakah dia suka makan kuih. Tanpa menjawab pertanyaan tersebut dia terus mengambil bungkusan kuih itu.



Wanita berkenaan menghulurkan wang RM50 dan meminta supaya lelaki warga emas itu menyimpannya dengan baik.


Semasa menghulurkan bungkusan kuih tersebut Fara Sharina yang duduk di bahagian hadap kereta bertanya sewa untuk bila? Pak cik tersebut terus jawab bulan ini (April 2021).

Selang beberapa ketika wanita berkenaan memberikan sekeping wang kertas RM50 dan memintanya menyimpan dengan baik sambil lelaki tersebut mengucapkan terima kasih.

Kejadian ini dipercayai berlaku di sebuah bandar di Kelantan berdasarkan dialog antara keluarga dan pak cik warga emas itu menggunakan dialek Kelantan .

Bersyukurlah jika ada insan yang bersimpati mahu menghulur sumbangan tetapi sangat dikesali jika dia dimaki hamun hanya kerana meminta-minta.

Kalau memang lelaki berkenaan menghadapi masalah kewangan hingga sewa rumah tak boleh nak bayar, pimpinan dalam komuniti atau kampung di mana dia tinggal boleh memberi sokongan untuknya memohon bantuan dari agensi tertentu untuk tujuan tersebut. - KitaReporters



Antara komen orang ramai mengenai video TikTok @farasharina berkaitan lelaki warga emas yang meminta ihsan simpati untuk dapat wang.

2
0
3
0
0

Copy Link: