Angsa pun faham erti kasih sayang! Kita ni macam mana pulak?

Published by
KitaReporters

Biasanya haiwan bernama angsa ini sinonim mengejar mangsa atau manusia yang cuba mengusik haiwan tersebut. Malah bagi orang Melayu, angsa digelar sebagai "anjing" rumah kerana keupayaan angsa "menghambat" orang yang tak dikenali. Bagi yang pernah dikejar angsa ini, pasti tahu bagaimana perasaan ketika itu apatah lagi jika disudu. Fuhh pengalaman hitam beb!!!!! : Kitareporters


Namun lain pula bagi mereka yang rapat dengan angsa. 

Garang jika tak kenal tapi bila sudah rapat, kalah pula kasih sayang angsa berbanding manusia!!!!! 

Itulah yang dikongsi oleh Ridhuan dalam akaun Twitter miliknya, di mana ia menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain.

Kredit video: Twitter @Ridhuan. 


Tengok cara angsa itu peluk Ridhuan macam mana, fuhh macam pasangan kekasih pula.

Itu baru beberapa minggu tak jumpa, kalau berbulan-bulan tak jumpa macam mana? 

Mahu demam cik angsa ini. 

Takut-takut nanti cik angsa merantau sendiri pergi cari Ridhuan!!!!


Ini jelas menunjukkan bahawa Ridhuan dan angsa ini begitu akrab. Kalau tak rapat, tak adanya angsa itu nak tunjukkan kasih syaang seperti itu. 

Macam manalah kalau Ridhuan bawa pasangan beliau ketika berjumpa dengan angsa ini? 

Apa reaksi angsa ini sama ada jeles atau dia akan sudu terus pasangan Ridhuan tu. 

Ye lah jeles la kot bagi angsa. 

Ke pasangan Ridhuan yang akan jeles dek kerana angsa ini terlalu 'sweet' dengan Ridhuan?? 


Haiwan ini kalau kita sudah rapat dengannya, pasti ia akan jadi manja sebab mereka sudah kenal serta boleh tahu bau orang itu.

Maka tidak hairanlah jika kita melihat ada orang yang begitu rapat dengan haiwan liar seperti harimau, singa, kerbau dan lain-lain lagi.

Kasih sayang yang ditunjukkan terhadap haiwan tersebut juga memainkan peranan. - KitaReporters

0
3
0
0
1

Copy Link: