Video| 6j tontonan! Lari dari sekolah pondok! Kemudian bertatu! Kini kembali ke pangkal jalan
Published byAllah SWT itu Maha Pengampun dan Penyayang! Selagi hamba-Nya sempat bertaubat sebelum ajal menjemput, segala dosanya pasti akan diampunkan. Justeru, jangan mudah menilai atau menjatuhkan hukum ke atas seseorang yang dilihat melakukan dosa. Lebih baik kita mendoakan baik-baik kepadanya daripada mengecam. : KitaReporters
Hampir keseluruhan wajah Yuda dicacah tatu.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Indonesia:
https://kitareporters.com/search?search=Indonesia
Kisah seorang pemuda dari Indonesia ini boleh dijadikan teladan agar kita tidak mudah menjatuhkan hukum ke atas seseorang yang jahil kerana hidayah itu milik Allah SWT.
Lapor portal Indozone.id, satu video TikTok telah tular dan sehingga kini sudah ditonton lebih enam juta tontonan. Dalam video tersebut, terlihat seorang pemuda bernama Ahmad Yuda berpakaian serba putih termasuk serban di kepalanya.
Bukan sahaja wajah, tetapi Yuda mencacah tatu hingga ke tangan.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai ialah cacahan tatu yang meliputi hampir ke seluruh wajahnya termasuk leher. Malah, tidak cukup di situ sahaja, tangan dan punggungnya juga penuh dengan tatu.
Dalam Islam, tatu hukumnya adalah haram. Jadi, tidak hairanlah kalau pemuda berkenaan mendapat perhatian ramai sementelah dia berpakaian Islamik.
Hal itu sudah tentu menjadi pertanyaan orang ramai dan ingin tahu apakah kisah di sebalik kehidupan pemuda berkenaan.
Yuda sebenarnya adalah bekas pelajar sekolah pondok (sekolah agama). Dia ke sana setelah dihantar oleh kedua-dua ibu bapanya dengan harapan menjadi anak penghuni syurga.
Namun, cita-cita kedua-dua orang tuanya tidak sehaluan dengan Yuda. Ketika usianya 12 tahun, Yuda memilih untuk melarikan diri dari sekolah pondok sehingga menjadi anak punk yang hidup di jalanan.
Gambar hiasan. - Kredit foto: Google Image
Terpengaruh dengan budaya punk, Yuda telah mencacah
tatu pada tubuh sedikit demi sedikit sehingga memenuhi seluruh badannya.
Maka, hiduplah Yuda di jalanan dengan budaya punk selama lapan tahun.
Maha Besar Allah, akhirnya Yuda tersentak daripada jalan hidup yang dipilihnya. Dia mula merasakan kehidupan yang dilaluinya itu tidak membawa apa-apa makna.
Yuda bertuah kerana hidayah datang ketika dia masih muda dan sihat.
Kesedaran dan hidayah mula menusuk ke dalam benak
hatinya apatah lagi ketika melihat rakan baiknya meninggal dunia. Hatinya mula
dibayangai rasa penyesalan.
Akhirnya doa orang tua yang mahu dia menjadi insan yang baik, dimakbulkan Allah SWT.
Kini Yuda yang sudah berusia 20 tahun mula menapak hijrah. Dia luahkan hasrat itu kepada bapa saudaranya dan akhirnya dia kembali semula ke sekolah pondok untuk mendalami ilmu agama Allah SWT.
Kisah Yuda boleh dijadikan teladan dan peringatan kepada orang ramai.
Walaupun tatu memenuhi seluruh tubuhnya, namun ada
satu yang masih berlum tercacah iaitu hatinya. Lantaran itu, kehidupannya kini
dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti keagamaan termasuk berdakwah.
Kisahnya sangat menginspirasikan. Hijrahnya membuatkan orang lain bergenang air mata.
Benarlah, Allah SWT itu Maha Penyayang! Kisah sebeginilah yang perlu diuar-uarkan agar menjadi contoh dan teladan kepada orang ramai. - KitaReporters