Masya-Allah, video terbaharu yang dimuat naik oleh Daud Kim, Youtuber Korea yang juga mualaf, buat ramai follower (pengikut) lelaki dan perempuan dari seluruh dunia tidak dapat menahan sebak. lebih 13,000 meninggalkan komen, kebanyakannya meluahkan rasa terharu dan mengaku menangis.  “I can’t stop crying….” (Saya tak boleh berhenti menangis). : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan Korea:

https://kitareporters.com/search?search=korea


 “I couldn’t control my tears guys, God bless you masha Allah..” (Saya tak dapat menahan air mata guys, moga Allah memberkatimu, masya Allah)

 “She made me cry…” (Dia buat saya menangis)

 “I’m crying, I’ really happy…” (Saya sedang menangis, saya benar-benar gembira)

 “I start crying when I saw her crying..” (Saya mula menangis apabila melihat dia menangis)

 “You make me cry…” (Awak buat saya menangis)

 “I’m cryinggggggg aaaaaaaa….” (Saya menangissssss aaaaa…)

 “I had tears in my eyes..” (Air mata saya bergenang….)

 “Really I am crying when saw this…” (Sungguh, saya nangis sewaktu menonton ini)

Demikian komen yang sempat dipetik.

Apa pula ceritanya kali ini mengenai Daud Kim? Mengimbas perkembangan sebelum ini mengenai Youtuber itu, selama berbulan Daud Kim membuat peminatnya sugul, mengenangkan nasibnya yang dilanda dugaan berat sehingga hilang semua kawan. 

Mempunyai 2.32 juta follower, Daud Kim kini terkenal sebagai Youtuber yang mengkhusus dalam konten berkaitan Islam. Berita terbaharu dari beliau, buat followernya gembira.

"Ini bukan apa yang saya fikir, kan?" Mia bagai tidak percaya dengan tindakan Daud Kim sambil berkata lagi, "ini bukan prank kan?" - Kredit foto: YouTube Daud Kim



Daripada ceria beraksi dalam video bersama kawan dan orang ditemu bual, kemudian dia keseorangan mengendalikan videonya, sehingga terpaksa menukar gaya penyampaian konten, dia seorang memegang watak pelbagai.

Kelihatan Daud Kim bersungguh-sungguh mahu memperbetul keadaan dirinya tanpa mengambil endah kata-kata negatif dan ancaman kerana dia tahu di sebalik itu ramai juga yang mendoakan kebaikan untuknya. 

Reda dengan ujian kesalahan silam diungkit, malah sanggup memberi pengakuan jujur mengenai dirinya termasuk rahsia dia pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Ada juga yang terlepas info ini. Justeru apabila Daud Kim memperkenalkan bekas isteri dan anaknya dalam video terbaru, ramai terkejut. 

Daud Kim membuat kejutan lagi apabila memaklumkan ingin kembali kepada bekas isterinya. Tertulis pada sarikata video, nama wanita itu, Mia.

“Setelah puas fikir, saya sedar saya kehilangan sesuatu, sesuatu yang besar dan sangat bernilai iaitu keluarga saya.  Selepas ibu saya sakit baru-baru ini saya rasa, masa tidak panjang, waktu tidak akan menunggu kita, jika saya tak beri kasih sayang dan kegembiraan kepada keluarga sendiri sekarang, kelak saya akan menyesal," katanya. Sungguh menyentuh hati!  

Lanjutnya, “ini buat saya berfikir semula kerana saya masih sayangkan mereka. Saya nak jadi suami dan bapa kebanggaan isteri dan anak saya. Jadi saya nak lamar (propose) dia semula (bekas isterinya).”


Setelah mendapat jawapan positif, Daud Kim terus menyarungkan cincin pada jari bekas isterinya sambil berkata, Will you marry me? - Kredit foto: YouTube Daud Kim.


Bagai menonton drama cinta cintun drama Korea (K-drama), Daud Kim kelihatan menuju ke sebuah kedai, membeli cincin pinangan yang kemudian dibawa ke sebuah kafe, lalu menunggu kedatangan wanita yang pernah menjadi teman hidupnya dengan penuh debaran.

 “Inilah tempat kami berjumpa sewaktu kami pelajar. Sekarang I’m so nervous (gementar)," akuinya. Sejurus kemudian muncullah Mia dan seterusnya berlangsunglah `drama` menyentuh hati.

Situasi perjumpaan sangat sweet. Wah, cantiknya Mia.

Selepas lima tahun tidak bertemu, perbualan awal mereka, baik-baik sahaja. Tiada riak dendam, malah terselit emosi rindu. 

Sambil berbual, mereka ketawa ria. Daud Kim mengimbas kegagalannya mempertahankan rumah tangga, “saya mohon maaf, saya masih sayangkan awak dan anak kita.”


"Cantik!!! Kata Mia, menyukai cincin yang diterima. Saat gembiranya selepas lima tahun tidak saling bertemu. - Kredit Foto: Youtube Daud Kim


"Saya tak boleh lupa awak dan anak kita,” ulang Daud Kim. "Awak selalu sokong saya sewaktu saya dalam kesusahan..”

“Oh ya.. saya tak sedar pun mengenai tu," balas Mia. "Tapi saya orang baikkan? By the way, apa kena dengan awak ni, nak pergi jauh ke? Sudah tiba masa nak pergi?"

“Tidak, tidak. Saya dah tinggalkan awak terlalu lama, masa untuk kita bersama semula. Apa pendapat awak?”

Sambil senyum, Mia menjawab; “Kalau itu boleh buat anak kita gembira.”

“Tentulah anak itu penting (bagi saya). Saya nak tahu hati awak, apa kata awak?”'

Mia lantas memberi syarat: “Awak mesti baik dengan kami. Baik dengan saya, jangan tinggalkan saya, tolong saya buat kerja rumah, ambik berat pasal anak kita, kalau (setuju) begitu, saya welcome awak.”

“Jadi saya masih ada peluang?” Balas Daud Kim, kesukaan dan terharu.

“Tentulah sebab, awak ayah kepada anak kita.”


Daud Kim membaca nota dari hati dan aku janji selepas menyarungkan cincin. "Sepatutnya dibaca sewaktu saya nak propose tadi," ujarnya ketawa.


Dengan kegembiraan Daud Kim berkata lagi, “Saya ada sediakan ini dalam keadaan nak cepat," sambil mengeluarkan sekuntum mawar dan diserahkan kepada Mia. Pantas disambutnya bunga itu.

“Cantik (sambil mencium) tapi tak ada bau pun!” (Ketawa).

Daud Kim kemudian bangun mendekati Mia. Memerhati gerak-geri Daud Kim, Mia cuak. “Awak seriuskah? Awak bergurau kan?” Nampak sahaja cincin itu Mia terkejut, “Oh ini bukannya betul, bukannya betul… Ini bukan yang saya fikirkan,” ujarnya sambil menunjukkan gerak tangan “tidak!” Namun disambut juga cincin itu. "Betul ke ni? Ini untuk saya?" soalnya sambil membelek cincin itu. "Cantik!!! Awak bergurau kan? Adakah ini semua prank (mainan)?

"Betul, bukan prank! Selepas ini saya akan sentiasa buat awak senyum (gembira), saya akan sentiasa baik dengan awak,” janji Daud Kim. Hati ibu muda itu lantas tersentuh, sebak langsung menitiskan air mata. Mia membayangkan mereka akan berkahwin.

Daud Kim mengakui sewaktu menikahi wanita itu sekitar empat lima tahun lalu dan mendapat anak, dia masih muda dan belum bersedia dengan kehidupan berkeluarga, justeru perkahwinannya tidak berjalan dengan baik dan mereka berpisah. 


Selesai `babak` di restoran, Mia dan Daud Kim menjemput anak mereka di sekolah. - Kredit Foto - Youtube Daud Kim.


Ternyata dugaan yang menimpa Daud Kim baru-baru ini menjadikannya seorang yang lebih tabah, matang dan berilmu, juga satu hikmah kerana kemudiannya muncul sebagai insan yang lebih rasional, berani, yakin dan bertanggungjawab.

Semoga perancangan mereka untuk bersatu semula berjalan lancar dan sudah tentunya peminat Muslim menunggu saat isterinya memeluk Islam walaupun perkara itu belum disebut oleh Daud Kim.

Kalau dulu followernya simpati dengan nasib malangnya, kini terharu dengan berita gembira ini. - KitaReporters



12
1
0
1
1

Copy Link: