Remaja ketakutan! Sumbat bayi baru lahir ke dalam peti sejuk
Published byMANUSIA kalau ada buat salah pasti hidup tidak tenang malah setiap keputusan yang dibuat juga adakala tidak logik dan boleh memudaratkan diri sendiri. Mungkin itu yang berlaku kepada seorang remaja berusia 14 tahun dari wilayah Novosibirsk, Rusia yang tergamak meletakkan bayi yang baharu dilahirkannya di dalam peti sejuk beku sehingga mati. : KitaReporters
PERKAMPUNGAN Verkh-Tula dekat bandar Novosibirsk, Rusia yang didiami Anastasia bersama ibu bapanya.
Lagi cerita-cerita berkaitan bayi:
https://kitareporters.com/search?search=bayi
Memetik laporan Mirror.co, tindakan kejam berkenaan dilakukan kerana terlalu takut untuk berkongsi dengan ibu bapanya terhadap apa yang berlaku selepas melahirkan seorang bayi lelaki.
Remaja yang dikenali Anastasia itu kini berada dalam
keadaan serius selepas berlaku pendarahan berikutan bersalin seorang diri dan
secara sembunyi.
Lebih mengejutkan lagi, ahli keluarga dan juga guru serta rakan sekolah tidak mengetahui remaja itu mengandung sehingga melahirkan bayi.
ANASTASIA tergamak meletakkan bayi yang dilahirkan ke dalam peti sejuk kerana takut untuk memberitahu cerita sebenar kepada ibubapanya. - Kredit foto: Mirror.co.uk.
Menurut pendedahan remaja itu kepada stesen televisyen
tempatan 360TV, selepas bersalin sendirian dia terus memasukkan bayi lelaki itu
ke dalam peti sejuk di tempat letak kereta di halaman rumahnya di kampung Verkh-Tula
berhampiran bandar Novosibirsk.
Pada sebelah malamnya, ibu Anastasia mendengar anaknya mengerang kesakitan, namun menyangka anak perempuan itu sakit
perut akibat apendik yang dialami sebelum ini.
Namun sepandai-pandai tupai melompat akhir ke tanah jua…
Mengetahui keadaan itu, ibunya terus menghubungi
ambulans dan kini Anastasia berada dalam keadaan kritikal disebabkan pendarahan
teruk akibat bersalin secara sendirian tanpa sebarang bantuan.
Malah pihak polis berjaya mengesan bapa kepada bayi itu
yang berusia 16 tahun.
Pasangan itu yang bercinta di sekolah dikatakan telah memutuskan hubungan pada Jun 2020 lalu.
Semoga kejadian yang berlaku Anastasia menjadi
pengajaran kepada kita semua supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah menyerah diri sehingga 'memakan' diri sendiri. : KitaReporters