JAUH di sudut hati Zuraidah Azahari, 42, suatu ketika dahulu tidak pernah terbayang bahawa rumah yang didiami bersama suaminya serta tujuh orang anaknya sejak hampir dua dekad lalu akan hangus terbakar dan ia apatah lagi semuanya terjadi dalam kebakaran baru-baru ini adalah ketentuan Allah. 

Namun di sebalik kesedihan yang menimpa ke atas keluarganya tinggal di Kampung Seri Kenangan, Sungai Tong, Setiu, Terengganu itu ada lagi insan serta pihak tertentu yang turut bersimpati sehingga pelbagai bantuan dihulurkan kepada keluarga petani itu akibat rumah mereka menjadi mangsa kebakaran yang tidak diduga.


Lagi kisah-kisah duka berkaitan kebakaran:

https://kitareporters.com/search?search=kebakaran


SABRI MOHD NOR menyampaikan sumbangan wang RM3,000 kepada Zuraidah Azahari  sambil diperhatikan oleh Yusman Heri Mansor (belakang) di Kampung Seri Kenangan, Sungai Tong, Setiu pada 29 Januari 2021.


Pada Jumaat 29 Januari 2021 lalu, Zuraidah tidak menduga menerima sumbangan peribadi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Langkap, Datuk Sabri Mohd Noor sebanyak RM3,000 yang disampaikan di tapak kediamannya yang terbakar itu di Kampung Seri Kenangan, Setiu. 

Wanita itu begitu terharu dengan pemberian wakil rakyat selepas menerima sampul surat berisi wang tunai yang disampaikan oleh Sabri itu.


ZURAIDAH AZAHARI 


``Terima kasih Datuk yang begitu prihatin dengan nasib kami dan Datuk seorang yang baik serta cakna dengan masyarakat terutama penduduk di kawasan ini. 

``Insya-Allah,  dengan wang yang saya ada ini hasil sumbangan orang ramai termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan wakil rakyat itu, saya akan bina rumah baru sekadar yang termampu tidak lama lagi,’’ katanya ketika ditemui pada 29 Januari 2021.

Dalam kebakaran yang hampir meragut nyawa Zuraidah  bersama dua anaknya itu berlaku pada 16 Januari 2021 lalu juga menyebabkan rumahnya musnah hampir 80 peratus sebelum berjaya diselamatkan jiran serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Daerah Setiu.

Ketika Kejadian itu,  lima anaknya yang lain dan suaminya, Yusman Heri Mansor, 50, tiada di rumah. 


SABRI (kanan) melihat sesuatu di bawah rumah Zuraidah yang terbakar baru-baru ini.


Sabri yang juga Ketua UMNO Bahagian Setiu ketika dihubungi memberitahu beliau juga akan membantu untuk membeli papan serta atap sekiranya perkakas itu tidak mencukupi untuk membina  rumah Zuraidah nanti selain memberi sumbangan RM3,000 itu.

``Zuraidah boleh buat rumah baru dengan wang yang disumbang oleh orang ramai itu tetapi jika tidak cukup atau tidak siap rumah saya akan tambah wang saya untuk membeli papan dan atap itu,'' katanya.


YUSMAN Heri Mansor (kanan) memceritakan kepada Sabri tentang kebakaran yang berlaku di rumahnya baru-baru ini.


Dalam pada itu, penduduk Kampung Seri Kenangan serta kampung berhampiran telah bermuafakat mengadakan jamuan teh untuk mengutip derma bagi membantu keluarga mangsa kebakaran itu.

Pengerusi penganjurnya, Mohamad Saad berkata jamuan tersebut diadakan pada minggu lepas dan pihaknya berjaya mendapat RM1,000 dari sumbangan penduduk kampung terbabit. 

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelong berkata dalam masa yang sama PIBG sekolah itu turut melancarkan tabung kebakaran dan mendapat sumbangan daripada guru-guru serta anak murid hampir RM500.

``Apa yang dilakukan ini salah satu usaha kita membantu keluarga mereka yang ditimpa musibah selain dua anaknya belajar di SMK Pelong,'' ujarnya. - KitaReporters


MOHAMAD SAAD

6
0
4
1
1

Copy Link: