Berita Terkini| Wanita beli insurans punggung! Bernilai RM1.6j! Mahu yang terbesar di dunia!

Published by
KitaReporters

VANESSA sanggup mengupah seorang jurulatih peribadi bagi memberi fokus kepada aset dan berhasrat menjadi wanita mempunyai punggung terbesar di dunia. - Kredit foto: The Sun


SEORANG wanita Brazil yang mempunyai punggung besar sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli insurans untuk bahagian badannya itu sebanyak £280,815 (RM1.6 juta), beberapa hari lalu.

Memetik akhbar The Sun, 15 Jun 2021, Vanessa Ataides yang memiliki punggung berukuran 126 sentimeter (1.26m) itu merupakan pemegang rekod kedua di dunia di belakang seorang wanita dari Amerika Syarikat (AS) dengan punggung bersaiz 240 sentimeter (2.40m) sanggup berkorban mengeluarkan kos demi keselamatan aset yang dimiliki.

“Saya menjadi popular disebabkan punggung ini. Ia adalah yang terbesar di Brazil, jadi, adalah lebih baik jika saya melindunginya dengan insurans,” ujarnya.

Wanita berusia 35 tahun itu mengakui membayar jurulatih persendirian bagi memberi fokus kepada bahagian punggungnya selain mengamalkan diet yang teratur.

“Setiap hari, saya bangun seawall 4 pagi untuk bersenam dan sasaran jangka pendek saya adalah untuk mendapatkan punggung yang bersaiz 130 cm,” katanya.

Kongsinya lagi, selain mempunyai jadual senaman yang ketat, Ataides turut memakan enam sajian berprotein sehari untuk membina otot. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

MENGAMALKAN diet ketat bagi mencapai impian menjadi wanita miliki punggung terbesar di dunia.

 

 

0
3
0
0
1

Copy Link: