Berita Terkini| Ajal di dalam lubang air kumbahan! Pekerja penyelenggaran dipercayai terjatuh!

Published by
KitaReporters

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah dipercayai terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah pasar raya di Batu Pahat, Johor. - Kredit foto: Ihsan polis


SEORANG pekerja penyelenggaraan maut setelah terjatuh ke dalam lubang saluran air kumbahan sedalam kira-kira empat meter di sebuah pasar raya di Batu Pahat, Johor pada 13 Jun 2021.

Mangsa, Yazali Yakub, 54, ditemukan orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam lubang berkenaan dan kemudiannya menghubungi pihak polis pada jam 8.20 malam bagi memaklumkan penemuan tersebut.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, sejurus menerima laporan, pihak polis bergegas ke tempat kejadian.

“Mangsa yang merupakan pekerja bahagian penyelenggaran di pasar raya tersebut  disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kejadian berlaku selepas mangsa dipercayai terjatuh ke dalam lubang tersebut.

“Mayat mangsa dikeluarkan daripada lubang yang punyai kedalaman lebih kurang empat meter itu dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram,” katanya yang dipetik laporan Kosmo, 14 Jun 2021.

Tambah beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk bedah siasat. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
1
0
0

Copy Link: