Kasih ibu ayah tak pernah putus walaupun berbeza agama! 4 tahun bersih kubur, batu nisan anak lelaki!

Published by
KitaReporters


Kasihnya ibu dan ayah walaupun anak itu agama dan kepercayaan berbeza, namun kasih sayang mereka tetap utuh kepada sang anak walaupun mereka sudah pergi menghadap Ilahi selama-selamanya.

Seorang wanita dalam Facebook yang menggunakan nama Joy MamaNunai MamaNunai telah berkongsikan sebuah kejadian yang beliau lihat di kawasan perkuburan ketika menziarahi kubur mak dan ayahnya.

Beliau berkata kelihatan sepasang suami isteri berbangsa Cina umurnya dalam lingkungan 70 tahun menziarahi sebuah kubur lalu mereka berdua membersihkan dan menyiram kubur tersebut dengan air mineral yang dibawa. 

Setelah melakukan pembersihan, kedua-dua pasangan ini dilihat sedang bertafakur di hadapan kubur tersebut. Rupa-rupanya mereka berdua menziarahi kubur anak lelaki mereka yang sudah menganut agama Islam.  



"Kubur anak ke?" Mereka mengiyakan.

Ibunya berkongsi bahawa anaknya ini telah meninggal dunia empat tahun lalu kerana menghidap kanser otak. Lebih menyedihkan apabila si ibu menceritakan bahawa dia sering melawat kubur anaknya itu.

Walaupun berbeza agama dan kepercayaan kasih sayang anak itu tidak pernah bersyarat. 

Hargailah ibu bapa selagi masih ada. - KitaReporters

10
18
1
6
0

Copy Link: