Anda tahu nak susun bendera dengan betul? Susunan keutamaan bendera negeri bagi 2025! Ikut protokol!
Published byAmboi, kalau kisah gosip dan rumah tangga artis, mencanak view dan beribu-ribu komen serta tanda suka diterima! Berhari-hari diperkatakan dari mulut ke mulut.
Namun, itulah lumrah kehidupan. Manusia tidak kira apa bangsa memang suka dan mudah tertarik dengan kisah-kisah hal dalam kain orang lain.
Tapi kalau kisah atau cerita yang berinformasi dan ilmiah, tiba-tiba sahaja jadi sendu. Tiada siapa yang teruja atau ambil kisah sangat.
Penulis tak maksudkan semua orang tetapi kebanyakannya seperti itulah. Tak salahpun kita baca hal-hal gosip tetapi perlulah diseimbangkan dengan cerita yang berbentuk ilmiah juga.
Kali ini penulis
nak kongsikan satu perkongsian bermanfaat oleh seorang pengguna TikTok,
Sophianabrahman77. Dia berkongsi mengenai susunan bendera-bendera setiap negeri
yang ada di Malaysia pada tahun 2025.
Ya, sebenarnya masih ramai tidak tahu bendera-bendera setiap negeri perlu disusun mengikut aturan yang telah ditetapkan. Malah, ia tidak tetap dan boleh berubah selaras dengan Perkara 70 Perlembagaan Persekutuan.
“Tip protokol:
Susunan keutamaan bendera mulai 1 Januari 2025,” tulisnya sambil berkongsi
senarai keutamaan susunan bendera.
Dalam perkongsian
tersebut, kelihatan susunan pertama ialah Jalur Gemilang (Malaysia), kemudian
diikuti bendera negeri Terengganu dan diikuti bendera Perlis, manakala Sarawak, Sabah
dan Wilayah Persekutuan masing-masing berada di kedudukan tiga terbawah.
Perkongsian ini menarik perhatian ramai. Ada kalangan netizen tertanya-tanya bagaimana susunan ini dibuat.
“Salam tuan,
protokol bagi susunan bendera diambil kira dari segi apa?” tanya salah seorang
netizen.
Menurut Sophian, susunan tersebut dibuat mengikut tarikh lantikan (senioriti) Raja atau Yang di-Pertua Negeri (TYT). Kalau anda masih keliru dan tidak faham, perhatikan negeri Sabah berada di kedudukan kedua terbawah kerana Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Musa Aman baru sahaja dilantik pada 1 Januari 2025 lalu.
“Sabah paling akhir (sebelum Wilayah Persekutuan) sebab TYT baru dilantik bulan lepaskan?” tanya netizen.
Ramai yang mengucapkan terima kasih atas perkongsian tersebut.
Kini, mereka yang tidak tahu, menjadi tahu. Inilah antara content bermanfaat yang perlu dikongsi dan diuar-uarkan agar menjadi bualan dan ingatan rakyat Malaysia.
“Saya ingat
susun bendera random je. Baru tahu
ada protokol sendiri dan ikut tarikh pertabalan (pelantikan). Ilmu baharu ni,” tulis salah
seorang netizen.
Terima kasih Sophianabrahman77. Syabas atas usaha terbaik! - KitaReporters