Sembang-Sembang| Suami kejam! Ada macam tak ada, baik tak ada! Pasrah bersendirian besarkan anak-anak!
Published by
KitaReporters
--title--
Rumah tangga ibarat kapal di lautan. Dipukul ombak dan dilanda ribut. Kuat bertahan selamat, jika tidak pasti kapal akan tenggelam.
Sebuah kapal perlukan nakhoda yang bijak. Tahu macam mana nak kawal kapal di lautan. Jika tidak, kapal akan terumbamg ambing atau karam terus. Demikian juga dengan rumah tangga.
Laila (bukan nama sebenar) yang hebat dilanda masalah sehingga akhirnya nakhoda rumah tangganya meninggalkan dia dan anak- anak untuk orang ketiga.
Kepada dua anak yang masih mentah, Laila berkata: “Abah tak balik, mak ada. Abah ada ke, tak ada sama sahaja. Mak yang berkorban untuk membesarkan kamu dua beradik."
Kasihan Laila. Lima tahun suami yang dikenali sebagai Amirul (bukan nama sebenar) hilang. Beban hidup ditanggung semua. Demi anak redah juga, Reda dan positif. Walau perit. Walau sakit.
Mungkin anda dah boleh agak topik perkongsian kita hari ini. Kisah benar yang dialami Laila, ibu sepasang anak berusia 10 dan 4 tahun. Luahan rasa seorang isteri yang ditinggal suami tanpa alasan.
Jom kita hayati. Moga diambil iktibar.
Semuanya berlaku sekelip mata. Setahun dimadukan oleh Amitul tanpa pengetahuannya, Laila nekad menuntut cerai. Tapi suami enggan melepasnya.
Kini sudah 5 tahun Amirul. hilang tanpa berita. Tanpa nafkah... Tanpa tanggungjawab.
Bila anak anak tanya jawab Laila abah kerja jauh... Lambat balik. Jangan risau, mak ada, pujuk Laila. Anak yang masih mentah tersenyum percaya sedang dalam hati Laila Allah sahaja yang tahu.
Apapun kata Laila dia tidak rasa putus asa. Hidup perlu diteruskan. Kalau tunggu dia, kita yang mati tak makan. Lelaki macam itu tidak akan selamat dan tenang hidup kerana mungkir janji dengan amanah Allah.
Kehilangan Amirul tanpa pesan menyulitkan hidup Laila. Merata Laila cari. Di pejabat sudah berhenti kerja. Daripada kawan-kawan diberitahu suami sudahberpindah ke utara bersama isteri mudanya.
Bayangkan lima tahun tinggalkan isteri dan anak tanpa memberi nafkah dan bertanya khabar. Kejamnya!
Syukur rezeki mereka anak beranak tak putus. Kerjaya Laila menjadi sumber rezeki mereka tiga beranak. Ada sahaja rezeki datang tak pernah tak ada. Sikit cara sikit, banyak alhamdulillah.
“Doakan kami! Doakan ibu-ibu dan isteri-isteri teraniaya dengan suami Allah jaga sepanjang masa. Murahkan rezeki dan jadi orang beriman, “ pinta Laila dalam perbualan kami.
Syabas Laila. Anda wanita hebat. Berani dan cekal. Bukan mudah menghadapi situasi perit ini. Tapi kamu boleh melaluinya dengan tabah. Semoga Allah lindungi anda dan keluarga dunia akhirat.
\
Iktibar daripada kisah ini:
Jadilah wanita cekal, sabar dan reda dengan ketentuan Allah. Bukan bermakna sokong perbuatan lelaki tak bertanggungjawab tapi nak buktikan tanpa mereka pun wanita boleh hidup.
Betul kata Laila, daripada ada suami macam tak ada suami, baik terus hidup tanpa mereka. Tak payah susah hati, merintih dan menangis. Bangkit dan muhasabah diri. Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.
Allah sayang sebab itu diuji. Allah nak bagi yang lebih baik daripada apa yang kita ada. Allah suka orang yang sabar dan selalu mengadu kepada-Nya.
Sebagai wanita yang positif, Laila tentu tahu apa nak buat. Guna saluran yang betul. Sediakan bukti, tuntut apa yang perlu demi masa depan sendiri dan anak-anak. Berdoa yang baik-baik. Reda dengan ketentuan Allah.
“Saya nekad untuk menuntut cerai. Doakan urusan saya Allah permudahkan,” katanya.
Ingat satu perkara. Kesabaran seorang manusia juga ada batasnya. Jika dahan tempat bergantung semakin rapuh, jangan tunggu sehingga terhempas ke bumi. - KitaReporters
15
12
0
14
0