Komuniti setempat menyertai Program Memasak Bubur Lambuk Adabi.

Ramadan tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran Program Memasak Bubur Lambuk Adabi yang dianjurkan di seluruh negara sebagai usaha menyemarakkan semangat Malaysia Madani.

Inisiatif yang diterajui Adabi melalui anak syarikatnya Baktisan Pertama Sdn Bhd ini bukan sekadar menghidangkan bubur lambuk kepada masyarakat tetapi juga menyuburkan nilai keprihatinan, kebersamaan dan ihsan dalam kalangan rakyat negara ini.


Jaafar Abdul Ghani (empat dari kiri) bersama Khadijah Mohd Nor (tiga dari kanan) yang menyertai Program Memasak Bubur Lambuk Adabi.


Menurut Dato' Jaafar Abdul Ghani, Pengurus Besar Baktisan Pertama, Adabi berhasrat untuk menjadikan program ini sebagai platform perpaduan masyarakat sepanjang Ramadan.

"Bubur lambuk bukan sekadar juadah berbuka puasa tetapi juga simbol kasih sayang dan semangat gotong-royong yang kita ingin teruskan dalam masyarakat. Semangat Malaysia Madani yang menekankan kesejahteraan dan kebersamaan amat jelas dalam program ini," katanya.


Antara sukarelawan yang menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai.

Pelajar sekolah juga mengambil peluang untuk menyediakan bubur lambuk.


 Program ini dijalankan di pelbagai lokasi termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Terengganu dan Kelantan sehingga ke Sabah serta Sarawak dengan penglibatan sukarelawan serta komuniti setempat dari pelbagai lapisan.

Sementara itu di Pulau Pinang program ini lebih istimewa dengan kehadiran Toh Puan Khadijah Mohd Nor, isteri Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. - KitaReporters


14
15
0
10
0

Copy Link: