Baju lama kita, sinar baharu mereka! Masjid Al-Khairiyah bantu asnaf! Miliki pakaian raya terpakai!
Published byPAKAIAN dah penuh almari atau wardrobe? Sudah lama tersimpan dan tergantung tapi tak dipakai. Semak pula mata memandang!
Bukan tak nak pakai sebab sudah lusuh atau out of fashion tapi kerana saiznya yang tidak lagi sepadan dengan bentuk badan. Atau terlampau banyak kerana asyik membeli alah memakai.
Soalnya ke mana nak diletak semua baju itu? Nak dibuang rasa sayang kerana kondisinya yang masih elok dan cantik. Nak disimpan pula sudah tak cukup ruang. Inilah dilema yang dihadapi kebanyakan orang.
Usah risau. Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor, sedia membantu anda dengan satu solusi, iaitu hantar semua pakaian yang anda nak reject itu ke masjid berkenaan. Tapi pastikan ia masih elok.
Ia bukan saja menyelesaikan masalah anda malah pada masa sama menawarkan pahala jika anda berniat ia sebagai sedekah kepada sesiapa yang mengambilnya kelak.
ROHISHAM Mohd Ikhlak, Setiausaha Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak, Batu Caves.
Program yang dinamakan Free Market itu memasuki tahun kedua. Menurut Setiausaha Masjid Al-Khairiyah, Rohisham Mohd Ikhlak, ia diperkenal pada Ramadan 1445 H (2024) lalu dan sambutan luar biasa mendorong mereka untuk melanjutkan pada tahun ini (2025).
Bertemakan ‘Baju Raya Lama Kita, Sinar Baru Untuk Mereka’ program berkenaan bertujuan membantu mereka yang memerlukan terutama golongan asnaf untuk memiliki baju raya bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
"Konsep program ini adalah sesiapa saja mahu menyumbang pakaian sama ada baharu atau terpakai, mereka boleh hantar ke sini. Cuma, pastikan, jika pakaian terpakai, ia masih dalam kondisi yang elok.
"Semua pakaian yang dihantar akan dipamer di satu ruang di tingkat bawah masjid. Sesiapa yang berminat boleh datang mengambilnya secara percuma.
"Walaupun kami menggalakkan golongan kurang berkemampuan untuk mengambil pakaian yang dikumpul itu namun ia bukanlah syarat sebaliknya sesiapa saja boleh mengambilnya," kata Rohisham.
SESIAPA saja boleh menghantar pakaian terpakai ke Masjid Al-Khairiyah.
Program itu berjalan dari 3 Mac hingga 25 Mac 2025 dan berdasarkan sambutan yang diterima pada tahun lalu (2024), Rohisham yakin, program Free Market tahun ini juga akan berjaya.
"Tahun lalu kami berjaya mengumpul kira-kira 300 helai pakaian yang terdiri daripada pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak.
"Berdasarkan sambutan setakat ini, saya jangka lebih ramai yang akan menyumbang dan lebih ramai yang akan menikmati faedahnya," ujar Rohisham lagi.
"Kita faham, tak semua orang berkemampuan untuk menyediakan pakaian baharu bagi menyambut Hari Raya terutama golongan asnaf.
"Justeru program ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka. Walaupun apa yang kami sediakan di sini kebanyakannya pakaian terpakai tapi kami pastikan ia masih dalam kondisi yang elok.
"Saya bersyukur kerana ramai dalam kalangan masyarakat yang prihatin dengan menyumbangkan pakaian untuk program ini.
"Kami juga turut menghubungi beberapa gedung pakaian untuk turut sama menyumbang pakaian pada program ini," kata Noriah.
PAKAIAN yang dihantar akan dipamerkan pada satu ruang masjid untuk diambil oleh mereka yang berminat.
Menurut Noriah, beliau menguar-uarkan menerusi kumpulan WhatsApp masyarakat setempat terutama golongan asnaf supaya mereka datang untuk mengambil pakaian yang disediakan.
"Setakat ini, sejak dimulakan pada 3 Mac (2025) lalu, sambutan sangat menggalakkan baik daripada penyumbang mahupun penerima. Setiap hari ada yang menghantar dan ada yang mengambil," katanya lagi.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi Noriah (019 3149462, Rohisam (016 3255033) atau masjid (03 61855033). -KitaReporters