Video| Benarlah cinta itu buta! Perkahwinan cucu dan nenek! Beza 41 tahun! Kini dah 9 tahun kahwin!

Published by
KitaReporters
.


Perkahwinan berbeza jarak usia yang agak jauh tetap terjadi di seluruh dunia. Namun kebiasaannya lelaki yang jauh berusia daripada pasangan wanita.

Bagaimanapun perkahwinan di Bandung, Jawa Barat, Indonesia ini dianggap langka atau jarang berlaku.

Seorang pemuda bernama Abeh berkahwin dengan Mak Iin ketika dia berusia 20 tahun, sementara Mak Iin pula sudah berusia  61 tahun. Ia seperti perkahwinan antara cucu dan nenek. 


Abeh dan Mak Iin kini hidup bahagia walaupun jarak usia 41 tahun


Cinta bersemi ketika Abeh bekerja di tanah milik Mak Iin. 

Pada awalnya hubungan mereka mendapat tentangan ibu bapa Aben kerana usia Mak Iin sudah lanjut dan telah mempunyai lima anak yang sudah besar dan punya beberapa cucu.

Namun kerana cinta segala halangan ditempuhi dan akhirnya mereka selamat menjadi suami isteri pada 2015. dan kini usia perkahwinan mereka sudah menjangkau sembilan tahun.


Bertani menjadi sumber pendapatan utama pasangan suami isteri ini


Dan Abeh, kini 29, sanggup tinggal di rumah sederhana dalam hutan. Rumah itu sudah diduduki tiga tahun oleh Mak Lin, kini 70, sebelum berkahwin.

Sebagai sumber pendapatan pasangan suami isteri ini bertani dan mencari tumbuhan hutan untuk dijual. Kawasan hutan di sebuah daerah di Bandung yang subur ini membolehkan kegiatan pertanian dijalankan.

Walaupun perkahwinan pasangan ini sudah berusia 9 tahun, namun mereka masih memperlihat cinta antara mereka masih hangat dan harmoni. Mereka sering  berjalan berpegangan tangan. 



Kisah perkahwinan langka ini tular baru-baru ini. 

Ia bermula apabila Youtuber Aziz Nurahman30 memuatkan video kunjungan ke kediaman pasangan suami isteri ini dan menjadi tular dalam beberapa media sosial seperti akaun Instagram @sekitarbandungcom. Ia turut mendapat liputan sejumlah media cetak dan elektronik.

Aziz Nurahman dengan dibantu beberapa penduduk memperlihat kesukaran untuk sampai ke rumah sederhana Abeh dan Mak Iin. Ia perlu melalui ladang teh dan mengikut jalan tanah merah yang becak.

Abeh dan Mak Iin menyambut baik kedatangan Aziz Nurahman untuk membuat konten dalam channel Youtubenya.

Abeh tidak segan menunjukkan keadaan di dalam teratak sederhananya. Rumah itu turut didiami adik Abeh yang berusia 20 tahun. Dalam pertemuan itu turut hadir anak sulung Mak Iin dan isterinya.



Kisah cinta sejati dua insan bagai nenek dan cucu ini mendapat respons pelbagai daripada netizen. 

Ramai yang kagum dengan keutuhan cinta mereka. Ada juga yang kurang yakin berapa lama perkahwinan mereka boleh kekal. Dan ada yang mengharapkan hanya kematian yang akan memisahkan mereka. - KitaReporters


13
13
0
15
0

Copy Link: