Video| Semoga mendapat husnul khatimah! Qari rebah dan meninggal semasa mengaji! Majlis Israk Mikraj!
Published by
KitaReporters
--title--
.
Satu lagi kematian husnul khatimah yang dicemburui. Terkini terjadi di wilayah Aceh, Indonesia.
Seorang agamawan yang juga seorang qari bernama Teungku Hasbi Ahmad, 55, menghembuskan nafas terakhir ketika sedang mengaji pada majlis Memperingati Israk dan Mikraj 2025 di Masjid Geudong-geudong, Kota Juang, Bireuen, Aceh pada Ahad, 26 Januari 2025 ,kira-kira jam 8 malam.
Dalam majlis itu Teungku Hasbi dijemput menyampaikan ayat suci al-Quran sebelum tetamu jemputan menyampaikan ceramah. Peristiwa sedih itu dirakam oleh seorang yang hadir pada majlis tersebut.
Dia mengalunkan suara merdunya menyampaikan surah Al-Israa dan jemaah kusyuk mendengar.
Namun di tengah-tengah bacaan “Linuriyahu min ayatina”, suara Teungku Hasbi tiba-tiba berhenti dan tubuhnya kelihatan mengigil. Tidak lama kemudian dia terhoyong-hayang lalu terjatuh ke lantai masjid.
Ia membuat jemaah terkejut dan bangun untuk menolongnya. Teungku Hasbi dibawa ke Hospital Fauziah, Bireun dan pihak perubatan mengesahkan agamawan itu sudah meninggal dunia.
Teungku Hasbi menyampaikan ayat suci al-Quran sebelum tiba-tiba rebah dan dipapah jemaah
Kematian itu mengejutkan warga Bireuen dan ramai yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan mengiringi pengkebumian jenazahnya pada Isnin, 27 Januari 2025.
Teungku Hasbi dikenali sebagai seorang yang cerdas serta berwawasan luas, dan juga merupakan guru besar Sekolah Rendah 16 Bireuen. Dia juga menjadi imam sebuah masjid.
Ramai yang mendoakan agamawan ini dijemput dalam husnul khatimah. - KitaReporters
13
14
0
7
0