Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) telah memperhebat operasi penguatkuasaan terhadap premis perniagaan dan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) di sekitar Bandar Putera 2 dan Pulau Indah. 

Operasi yang diketuai Jabatan Pelesenan bersama  Jabatan Penguat Kuasa MBDK itu telah memeriksa lapan premis dan mengeluarkan lapan kompaun atas pelbagai kesalahan. Antara kesalahan yang dilakukan adalah beroperasi tanpa lesen, gagal mempamerkan lesen perniagaan dan iklan, serta mempamerkan papan iklan tanpa lesen.

Menurut Pengarah Komunikasi Korporat MBDK, Norfiza Mahfiz, kompaun-kompaun berkenaan adalah di bawah Undang Undang Kecil (UUK) Majlis Perbandaran Klang (MPK) iaitu UUK3: UUK Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (MPK) 2007; UUK7: UUK Iklan (MPK) 2007; dan UUK3(1): UUK Pusat Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan (MPK) 2013.

Sementara itu di Pulau Indah, dua premis yang  menjalankan aktiviti menyimpan papan lapis dan pengasingan barang terpakai, turut diserbu oleh MBDK dan kesemuanya didapati tidak mempunyai lesen industri.

Norfiza juga memberitahu, tiga kompaun telah dikeluarkan di bawah UUK 3: UUK Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MPK) 2007 dan satu kompaun di bawah UUK7: UUK Iklan (MPK) 2007.


Operasi penguatkuasaan sekitar Bandar Putera 2 yang menemukan pelbagai kesalahan oleh pemilik premis. - Kredit foto: Unit Multimedia, Jabatan Komunikasi Korporat MBDK.


"MBDK akan memperhebat operasi penguatkuasaan dan tidak akan berkompromi terhadap Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) dan premis-premis perniagaan yang lain. 

"Tindakan penguatkuasaan akan tertumpu kepada KTK, kilang di atas tanah kerajaan  yang di bawah tindakan pejabat daerah dan tanah, tanah hak milik sungai, serta kilang yang mendatangkan risiko pencemaran," katanya lagi. - KitaReporters

 

14
10
0
15
0

Copy Link: