Video| Kalau dah jodoh! Suami, 59, tapi ayah, 55! Si gadis, 26, tak kisah perbezaan usia 33 tahun!
Published by
KitaReporters
--title--
Jodoh adalah antara perkara yang tidak dapat dijangka. Indonesia kembali dikejutkan dengan cerita perkahwinan beza usia yang jauh.
Malah dalam berita terbaharu dan lebih mengejutkan apabila pengantin lelaki lebih tua daripada bapa mentuanya.
Si ayah, Sumiran (kiri) merestui perkahwinan anak perempuan walaupun suami si anak lebih tua daripadanya.
Setelah beberapa tahun bercinta, Ayu, 26, yang masih dara dan Agus, 59, seorang duda, mengambil keputusan untuk berkahwin.
Akad nikah berlangsung di Jatisrono, Wonogiri, Jawa Tengah pada Jumaat, 20 September 2024.
Ayu dan Agus menunjukkan buku nikah selepas sah sebagai suami isteri
Agus dan bapa mertuanya, Sumiran sebelum ini tidak mengenali antara satu sama lain. Namun Agus bersyukur apabila Sumiran tidak melarang dia untuk mengahwini anaknya.
Sumiran percaya bahawa soal jodoh adalah ketentuan Tuhan. Lalu dia tiada masalah untuk menjadi wali.
Dan dia berharap akan segera mendapat cucu. Selain itu, menantunya kelihatan lebih sihat daripada dirinya.
Perkahwinan beza usia 33 tahun ini tular setelah mula-mula dimuat naik dalam akaun TikTok @aji_kua dan kemudian disebar olehmedia sosial lain, media cetak dan media elektronik di Indonesia. - KitaReporters
15
13
0
14
0