Akhirnya terbalas! Kesengsaraan wanita yang didera, dibakar bekas suami! Dijatuhi hukuman gantung!
Published byKESENGSARAAN wanita etnik Tibet yang dibakar selain berdepan masalah rumah tangga dan sering menjadi mangsa dera dan keganasan bekas suaminya akhirnya terbalas.
Semua berlaku apabila lelaki berkenaan yang dikenali Tang Lu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rakyat Wilayah Autonomi Qiang selepas mengaku bersalah membunuh bekas isterinya itu.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan hukuman penjara
Dalam kejadian tragis tersebut, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Lamu dikatakan dibakar ketika sedang melakukan aksi ‘live’ dalam aplikasi Douyin, platform terkenal di China menyerupai aplikasi TikTok.
Wanita etnik Tibet yang berusia 30 tahun itu yang sering berkongsi kehidupan harian menerusi aplikasi Douyin itu mengalami kecederaan parah selepas dibakar lelaki durjana itu akhirnya menghembuskan nafas terakhir selepas beberapa minggu menanggung kesakitan.
Sebelum ini, Lamu yang sering menggayakan pakaian tradisional Tibet sering berkongsi perjalanan hidupnya selain kisah kesedihan yang terpaksa ditanggung dalam perkongsian secara langsung dalam aplikasi berkenaan sehingga keseksaan yang dilaluinya diketahui ibu bapanya.
Sementara itu kakaknya, Dolma yang mengetahui keadaan adiknya terus bergegas menziarahi sebelum bertindak membuat aduan di akhbar rasmi di Shanghai mengenai kesengsaraan adiknya yang sering didera oleh suami sebelum mengambil keputusan untuk bercerai.
Kesengsaraan Lamu mengundang kecaman meluas di seluruh negara dan netizen melahirkan rasa sedih apabila mendengar kisah sedih selepas sering menjadi mangsa dera dan keganasan suaminya sepanjang perkahwinan mereka.
Polis kemudian menahan Tang Lu selepas kisah rumah tangga mereka menjadi tular dalam media sosial.
Tang Lu kemudian membuat rayuan terhadap hukuman gantung terhadapnya namun gagal dan hukuman mati itu tetap akan diteruskan. - KitaReporters