Anak-anak Yayasan Sarawak terima duit raya! Sumbangan Premier Sarawak! Saksikan penyerahan zakat!

Published by
KitaReporters

Sumbangan zakat pada Majlis Berbuka Puasa Yayasan Sarawak Bersama Premier.

Oleh HAJIJAH MORSHIDI


Seramai 50 anak-anak dari Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) dan Yayasan Sarawak International Secondary School menerima sumbangan duit raya yang disampaikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg di Dewan Jamilah, Yayasan Sarawak pada 6 April 2023.

Sumbangan kepada anak-anak itu disampaikan sempena Majlis Berbuka Puasa Yayasan Sarawak Bersama Premier. 


Anak-anak dari Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) dan Yayasan Sarawak International Secondary School menerima sumbangan duit raya yang disampaikan oleh Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg.

Di majlis itu juga Premier Sarawak yang juga Pengerusi Yayasan Sarawak, turut menyaksikan penyerahan zakat sebanyak RM384,157 dan RM45,750 daripada Pengerusi Kumpulan Petronesa dan Syarikat Sanjung Etika Sdn Bhd, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, kepada Ketua Sektor Kewangan dan Pentadbiran, Baitulmal Sarawak, Sulaiman Mahili yang mewakili Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, .

Turut hadir pada majlis ini ialah Speaker Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar; menteri-menteri; Setiausaha Kerajaan Sarawak; dif-dif kenamaan, Ahli-ahli Lembaga Amanah Yayasan Sarawak dan ketua-ketua jabatan. - KitaReporters


Majlis penyerahan zakat sempena majlis berbuka puasa itu.


Solat tarawih selepas majlis berbuka.

14
14
0
13
0

Copy Link: