Video| Pernikahan unik! Mas kahwin beras premium 50kg! Ditanam sendiri pengantin! Guna bahasa Arab!
Published bySatu demi satu pernikahan unik berlaku di Indonesia sejak kebelakangan ini. Terbaharu ialah beras premium 50 kilogram digunakan sebagai mas kahwin.
Lelaki bernama Irwan Sokip Setu, 29, memberikan mas kahwin sedemikian untuk isterinya Ikrima Zakiya Bambang Margono pada hari pernikahan pada 29 Februari 2024.
Irwan dari Desa Grogol, Sawoo, Kabupaten Ponorogo, Jawa Timur adalah pesawah. Jadi beras yang diberikan sebagai mas kahwin itu bukanlah yang dibeli, sebaliknya tanaman dan tuaian dari sawahnya sendiri dan ia merupakan beras yang berkualiti atau premium.
Dengan harga semasa beras yang semakin mahal, beras berkuali mencapai harga sekitar RM10 sekilo, maka beras premium 50 kilo itu mencapai harga RM500 atau lebih.
Selain itu Irwan turut memberi wang tunai Rp2.4 juta (kira-kira RM725), perhiasan emas dan barangan untuk solat.
Pernikahan berlangsung di mushola (surau) keluarga pengantin perempuan secara santai. Ia hanya dihadiri keluarga pengantin perempuan serta ayah pengantin, Bambang Margono dan dua saksi.
Akad nikah dilakukan oleh Meky Hasan Tachrudin iaitu Ketua Kantor Urusan Agama (KUA) Sawoo. Penikahan telah menggunakan bahasa Arab.
"Ya Irwan Sokip bin Setu Uzawwijuka Ala Ma Amarallahu bihi Min Imsakin Bi Marufin Aw Tasrihin Bi Ihsanin.Ya Irwan Sokip Bin Setu Ankahtuka Wa Zawwajtuka Makhtubataka Ikrima Zakiya Binti Bambang Margono alladzi qod wakkalani fi hadzal aqdi Bi Mahri adawatis sholat, wa zinah minad dzahab, wa milyunani wa arba'u mi'ati aalaafi rubbiyatin wa khomsuna kilogram mina arruzzz Haalan.
(Ananda Irwan Sokip bin Bapak Setu, saya nikahkan dan saya jodohkan engkau dengan perempuan yang telah kau lamar yang bernama Ikrima Zakiyah Binti Bambang Margono, yang walinya telah mewakilkan akad pernikahannya kepada saya dengan mas kawin berupa seperangkat alat sholat, perhiasan emas, wang Rp2.4 juta dan 50kg beras dibayar tunai)," ungkap penghulu, sekali gus Kepala KUA Sawoo, Meky Hasan Tachrudin.
"Qobiltu Nikakhaha ‘Ala Hadzasahodaaq (Saya menerima pernikahnya dengan mahar yang diatas)," jawab Irwan Sokip.
Setelahnya, mengucapkan akad nikah dengan menggunakan bahasa Arab, saksi dan keluarga menyebutkan kata sah. "Sah..sah..," kata saksi dan keluarga.
Menurut Meky Hasan, mahar beras ini baharu pertama kali disaksinya. Irwan memilih memberikan mahar beras premium bukan tanpa alasan. Tambahnya, beras itu adalah hasil dari kerja kerasnya sendiri.
"Beras sebanyak 50 kilogram yang saya berikan sebagai mahar itu merupakan hasil saya menanam sendiri dan ia telah dipesetujui oleh pihak isteri dan ahli keluarga," kata Irwan kepada portal Kompas.com selepas selesai majlis akad.
Irwan juga berharap perkahwinan itu kekal sehingga akhir hayat kerana ia dilakukan pada 29 Februari 2024 pada tahun lompat. Pernikahan ini kini tular setelah dimuat naik dalam sejumlah media cetak dan elektronik di Indonesia. - KitaReporters