Kesempitan hidup! To'Ki, isteri diami pondok pinggir hutan!!
Published byPondok itu dibina oleh To’Ki sendiri sejak 3 tahun lalu sebagai tempat berkarya, tetapi setelah beberapa kali pindah randah kerana gagal membayar sewa rumah, kini pondok tersebut telah menjadi tempat tinggal tetap bagi dirinya dan isteri keduanya.
Bagi mendapatkan air, To’Ki terpaksa mengangkut sendiri dari sungai.
Bagi mencari sumber pendapatan, To’Ki menyanyi di sebuah restoran dan mendapat undangan di majlis-majlis kecil.
Di samping pondok itu, terdapat sebuah kereta milik To’Ki yang sudah lama terbiar kerana rosak.
Sudahlah diuji dengan kehidupan serba sulit, dugaan tambah berganda buat To'ki apabila pergerakan isterinya kini terbatas kerana mengalami patah tulang pinggul akibat kemalangan yang dialaminya pada 10 Jun 2020 lalu.
To'ki mengakui pondok buruk dan kecil yang didudukinya itu sangat tidak sempurna dan perlu ditambah baik.
Katanya, jika punya sumber kewangan yang cukup dia bercadang membina tandas dan membeli pam air untuk menyedut air dari sungai dan mempunyai tangki simpanan air.
Walaupun industri muzik tanah air kurang memberangsangkan, namun To’Ki ingin kembali aktif baik sebagai penyanyi mahupun komposer.
To’Ki reda dengan perjalanan hidupnya yang pernah hidup selesa tetapi kini berubah 90 darjah.
Dia yakin mampu kembali hidup sederhana melalui bakatnya.
To’Ki menjalani kehidupan kontroversi sejak popular awal tahun 1990-an.
Pondoknya dan persekitarannya turut menjadi tempat To'Ki berkarya
Namun dia menafikan tuduhan itu, malah menyaman media yang melaporkan.
Setelah begitu lama To’Ki menghilang dari kamus seni tanah air, tiba-tiba dirinya kembali muncul dan menjadi bualan sejak Isnin, 29 Jun 2020 lalu.
Hari itu Astro Awani menyiarkan kesukaran hidup To’Ki dalam segmen laporan khas siaran beritanya.
Sejak tersebar kisah kehidupan To’Ki, ada dalam kalangan masyarakat yang mempersoalkan, di manakah anak-anak To’Ki hasil daripada perkahwinan pertamanya dahulu, sehingga sanggup melihat ayah sendiri hidup di pinggir hutan tanpa adanya kemudahan asas.
Namun To’Ki menjawab dia lebih selesa mencari sumber pendapatan sendiri dan menjalankan kehidupan berdua dengan isterinya dalam keadaan serba kekurangan itu. - KitaReporters