2 BULAN ASHRAF SINCLAIR PERGI! MASIH TERASA!
Published byMasa berlalu
pantas… pejam celik pejam celik genap dua bulan pemergian pelakon dan model
terkenal kelahiran Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair ke rahmatullah, namun berdepan
jarak waktu itu ahli keluarganya masih terkesan. : KitaReporters
Ashraf Sinclair. Foto: Instagram @ashrafsinclair
Terdahulu, figura yang menempa nama di Indonesia, Ashraf Sinclair meninggal dunia di Jakarta Selatan, Indonesia akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.
Kesan kerinduan atas
kehilangan itu dikongsi melalui beberapa keping gambar yang dimuat naik berserta status dengan
kata-kata cukup menyentuh perasaan dalam akaun laman sosial, Instagram ahli
keluarga Ashraf.
Ibu Ashraf
Sinclair, Khadijah A Rahman; adiknya penyampai radio Mix. Fm, Aishah Jennifer; dan
suami kepada penyanyi Yuna, Adam, masing-masing menyimpan kenangan dan ia kuat tersimpan di hati masing-masing.
Dalam pada
itu, Khadijah memuat naik foto ketika dia dan suaminya, Mohamed Sinclair bersama
anak kesayangannya itu dalam Instagramnya, 18 April 2020 dengan titipan doa serta
harapan.
Khadijah berkongsi rasa dan perasaannya dalam Instagram miliknya ketika genap dua bulan pemergian anak sulongnya, Ashraf. - Kredit foto: Instagram @dida_sinclair
Khadijah berkata mereka sekeluarga reda dengan ketentuan Allah SWT itu dan berharap mereka diberikan kekuatan untuk terus memberi sokongan kepada Bunga Citra Lestari dan cucunya, Noah Sinclair, sekali gus dapat melihatnya membesar sebagai anak soleh.
Selain itu, dalam laman Instagram Aishah dan Adam, mereka juga berkongsi kenangan lama yang
pastinya tidak mampu dilupakan ketika masih ada hayat Ashraf.
Kali ini, Aishah berkongsi gambar anak-anaknya yang dipeluk pelakon yang popular menerusi filem Gol dan Gincu itu.
Ketika itu mereka kelihatan cukup ceria dan bahagia.
Aishah memuat naik gambar kenangan dua orangnya bersama Ashraf. - Kredit foto: Instagram @aishahjennifer
Menurutnya, seharusnya tempoh masa yang sudah menjangkau dua bulan dia sudah pulih dan semakin baik, namun keadaannya masih lagi terasa dengan kehilangan Ashraf.
"Hari ini sudah masuk dua bulan. Tak ada satu hari pun yang berlalu membuatkan kami tidak memikirkan Ashraf.
"Mereka kata tempoh masa boleh menyembuhkan tetapi nampaknya keadaan sakit masih sama.
"Saya menjumpai Voicenote abang yang tersimpan dalam pemacu Google (Google Drive).
"Setelah mendengar suara itu sedikit-sebanyak dapat meredakan kesakitan tetapi mengingatkan saya bahawa masih ada kekosongan dalam hati dan tidak akan pernah terisi kerana abang sudah tiada,” katanya yang diluahkan kepada Ashraf menerusi Instagram.
Dalam pada
itu, Aishah turut berharap agar rakan-rakan dan warganet yang mengingati Ashraf
dapat membaca dan mengirimkan Al-Fatihah serta doa buat abangnya.
Kata-kata yang meruntum jiwa dari seorang adik kepada abang. - Kredit foto: Instagram @aishahjennifer
Manakala adik bongsu Ashraf, Adam yang berada dalam keadaan sama juga berkesempatan berkongsi kenangan menerusi sekeping gambar lama ketika mereka masih kecil.
Gambar itu menunjukkan Ashraf yang sedang berusaha mendukung adik lelakinya itu.
Tulisnya dalam Instagram, dia sangat merindui arwah Ashraf terutama ketika mereka bersama.
Gambar lama kenangan Adam bersama Ashraf ketika masih kecil. - Kredit foto: Instagram @adamyousofunny
“Sudah dua bulan
abang pergi. Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih untuk semua masa abang
ketika bersama… masa di mana abang cuba mendukung saya dan rasanya ia lebih
daripada itu.
“Kini saya telah menceburkan diri dalam melalui sesuatu benda yang baru dan rasanya abang akan berbangga.
"Sayang awak selalu Abang Ash, Al-Fatihah, ” katanya di Instagram.
Al-Fatihah juga daripada kami. - KitaReporters