Oh Ibu! Anak didera dan dibuang ibu sendiri kerana nakal!

Published by
KitaReporters

Setiap pasangan berkahwin pasti membayangkan memiliki zuriat sendiri sebagai pelengkap kehidupan mereka, namun membesarkan anak bukanlah sesuatu mudah bermula dari bayi sehingga dewasa pasti melalui fasa-fasa yang tersendiri. Kepenatan membesarkan anak itu pasti meninggalkan kenangan tersendiri apabila anak itu membesar dan menjadi manusia berguna. Namun lain pula kisah seorang wanita di Riau, Indonesia. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan Indonesia:

https://kitareporters.com/search?search=indonesia


Seorang wanita di Riau, Indonesia yang dikatakan tidak tahan dengan anaknya yang terlalu nakal sehingga tergamak membuang anaknya sendiri di jalan raya.

Sedangkan haiwan pun tahu sayang anak ada pula manusia yang tergamak sedemikian.

Memetik tribunnews.com, kanak-kanak berusia lapan tahun itu ditinggal di stesen minyak bersama sepucuk surat yang ditulis sendiri oleh ibunya.


Kandungan surat berkenaan menyatakan ibunya memhon maaf kerana terpaksa meninggalkan anaknya bersendirian disebabkan tidak tahan dengan sikap anak yang nakal dan sering mencuri.

“Nak maafkan mama ye! Terpaksa saya tinggalkan kamu di jalan kerana tidak sanggup melihat kamu menderita atau terseksa kerana kebebdalanmu, setiap hari kamu bikin masalah. Maafin mama nak. Jaga diri kamu baik-baik, ya,” tulis si ibu dalam surat berkenaan.

Surat yang dipercayai ditulis oleh ibu kandung anak berkenaan selepas bertindak membuang anaknya di sebuah stesen minyak di Riau, baru-baru ini. - Kredit foto: Tribunnews.com



Malah turut kelihatan di badan kanak-kanak berkenaan kesan luka. Lebih menyedihkan kuku pada jari kakinya juga mengalami  berdarah kesan dicabut menggunakan penyedit.

Tergamaknya!! Kanak-kanak itu masih kecil dan belum mengerti banyak perkara lagi.

Selepas beberapa jam kemudian pasukan polis berjaya mengesan orang tua kepada kanak-kanak malang berkenaan. Lebih menyedihkan ibu bapa kanak-kanak berkenaan mengakui anaknya terlalu nakal sehingga mendesak dia melakukan penderaan sedemikan.

Namun pihak polis menasihati kedua-dua ibu bapa berkenaan dan memberitahu itu bukanlah perkara yang sepatut dilakukan.  Ingatkan banyak lagi kaedah untuk mendidik anak. 

Semoga anak itu dapat membesar dan menjadi anak yang berguna suatu hari nanti, sekali gus kebanggaan ibu bapa. : KitaReporters

 

 

 

0
0
2
0
0

Copy Link: