BETULLAH orang tua-tua berkata, cucu adalah penerus legasi keluarga. Dulu ada insan istimewa bernama Johan Bin Nawawi, kini disambung oleh insan yang baru dilahirkan ke dunia bernama Ayden Johan Bin Mohd Syakir Iman Bin Johan. Selamat datang ke dunia, Ayden Johan dan tahniah nenda, Nora Ariffin. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan Nora Ariffin:

https://kitareporters.com/search?search=nora+ariffin


Perkahwinan penyanyi Nora Ariffin, 47, dan Allahyarham Johan Nawawi sejak tahun 1992 berjalan bahagia tanpa gosip panas hingga melahirkan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan. Johan yang merupakan pemuzik, komposer dan penulis lirik banyak membantu Nora dalam kariernya sebagai penyanyi.

Nora dan Johan pernah dianggap antara selebriti tempatan yang berjaya menjalani kehidupan damai dan harmoni.

Mereka kemudian menubuhkan syarikat bersama dikenali sebagai JNSB (Johan Nora Sdn Bhd). Dan pada 11 Februari 2012 mereka mengeluarkan lagu berserta VCD  album ‘Ummi Ceritalah Pada Kami’ dengan turut melibatkan anak-anaknya sebagai penyanyi.

Namun kebahagiaan Nora teruji apabila suaminya Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan penyakit jantung.


Syakir Iman memangku anak sulungnya. - Kredit foto: IG itsnoraariffin


Belum kepiluannya reda, tujuh bulan kemudian, tepatnya pada 14 November 2017, Nora ditimpa satu lagi kepiluan apabila anak keduanya. Alif Johan meninggal dunia secara mengejut. Kepiluan Nora sedikit terubat apabila anak sulungnya, Mohd Syakir Iman, 27, berkahwin dengan Eilya Sofea Azman pada 12 Januari 2019.

Dan kini kegembiraan Nora mula menjelma apabila menerima cucu pertama pada Rabu, 26 Ogos 2020.

Kenangan abadi Nora dan arwah Johan Nawawi. - Kredit foto: IG itsnoraariffin



Dalam postingan dalam Instagramnya @its noraariffin, Nora meluahkan ingatan terhadap arwah suami.

"Subhanallah... MasyaAllah... Alhamdulillah... Segala puji hanya bagi Allah. Saya sangat gembira dan bersyukur diatas kurniaan ini. Gembiranya hanya Allah yang tahu. Hari ini 26 Ogos hari bersejarah," demikianlah tulis Nora setelah bergelar nenek.

Sebagai mengenang suaminya, Nora turut menyelitkan nama Johan bagi nama cucunya, Ayden Johan.

Dalam postingannya, Nora berkata, kelahiran si cucu itu pasti menjadi berita gembira kepada suaminya jika Allahyarham masih hidup.

"Pa....kita dah dapat cucu dah. Kalau abang masih hidup, mesti abang happy sangat. Baby selamat, sihat, semangat, cute dan macam Iman. Sama macam kita sambut Iman dulu," tulis Nora.

Nora menjalin kontrak dengan sebuah syarikat  bagi memasarkan produk makanannya. - Kredit foto: IG @itsnoraariffin

Nora yang mula menjadi artis rakaman sejak tahun 1994 dengan album pertamanya ‘Sandiwara’ kemudian popular menerusi lagu ‘Persimpangan Dilema’.

Selain meneruskan kegiatan nyanyian, Nora kini turut menjalankan perniagaan makanan dengan mengikat kontrak dengan Mega Event Catering sejak Jun 2020 lalu menguruskan produk-produk makanan keluaran Nora termasuk secara dalam talian. Produk makanan paling popular keluaran Nora ialah masakan popular negeri Perak iaitu rendang tok yang berharga RM125 sekilogram. - KitaReporters

Nora memasak Rendang Tok, yang merupakan produk terlaris  Nora. 

3
0
0
0
1

Copy Link: