Allah SWT menjadikan manusia itu daripada dua jenis kelamin iaitu lelaki dan wanita. Manakala lelaki dan wanita itu pula dijadikan dengan sifat dan fizikal yang berbeza agar saling melengkapi antara satu sama lain. Namun sesetengah kes, ada segelintir ciptaan Maha Agung ini tidak sempurna. Walau bagaimanapun, setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahnya. : KitaReporters 



Lagi kisah-kisah berkaitan aneh:

https://kitareporters.com/search?search=aneh


Kekurangan atau kenaehan yang dimiliki itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak bersyukur. Malah, ada sesetengah insan, menganggap kecacatan atau kelainan yang dimilikinya sebagai daya tarikan dan menjadikannya seorang yang lagi dikenali. 

Begitulah yang dilalui oleh seorang wanita dari Indonesia ini yang mengganggap kekurangan yang ada pada dirinya sebagai kelebihan.

Lapor portal Tribunnews.com, wanita yang dikenali sebagai Niar Farahilah sering disalah anggap sebagai lelaki kerana mempunyai misai seperti lelaki. Bukan itu sahaja, Niar juga mempunyai bulu kening yang tebal persis lelaki


Misai dan kening yang menyerupai lelaki menjadi keunikan buat Niar. - Kredit foto: TikTok Niar Farahilah


Kisah Niar tular dalam media sosial setelah satu video TikTok menunjukkan seorang wanita yang bermisai dan berkening tebal menjadi sebutan ramai.

Jantina Niar sering menjadi persoalan gara-gara keunikan yang dimilikinya itu. Kisah Niar pertama kali disiarkan oleh akaun TikTok @niarfarahilah30 pada Selasa, 1 Disember 2020. 




Dalam hantaran itu, Niar dilihat menjelaskan mengenai jantinanya kerana sering disalah anggap sebagai lelaki.

Dalam video TikTok, Niar memperlihatkan wajahnya di hadapan kamera, mengikuti alunan lagu. Misai dan kening yang tebal jelas kelihatan pada wajah Niar yang seakan lelaki cuma bezanya dia mengenakan tudung.

Tidak menganggap keunikan yang dimilikinya itu sebagai kekurangan, Niar kelihatan begitu yakin di hadapan kamera.

Bahkan wanita berasal dari Papua Barat, Indonesia ini sama sekali tidak terlihat rendah diri atau sedih walaupun ramai yang menyangkanya lelaki.

Malah, video berkenaan telah ditonton sebanyak 2.6 juta kali hanya dalam masa dua hari tayangan dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna TikTok.


Ramai yang memuji kecantikan Niar walaupun mempunyai misai dan kening seperti lelaki. - Kredit foto: TikTok Niar Farahilah


Walaupun mempunyai misai dan kening seperti lelaki, namun jika dilihat betul-betul, Niar masih mempunyai air muka sebagai wanita dan hal tersebut tidak menjejaskan kecantikannya.

Bahkan, ramai yang memuji di sebalik kekurangan yang dimilikinya itu, Niar sebenarnya sangat cantik dan berbeza daripada wanita yang lain. Lihat sahaja senyumannya itu, ia mampu mencairkan mana-mana lelaki yang memandang.

Jadi, pengajaran yang boleh diambil di sini, bersyukurlah dengan apa yang dimiliki walaupun ia merupakan kekurangan atau kecacatan. 

Percaya dan yakin, setiap yang Allah SWT jadikan, pasti ada hikmah di sebaliknya. - KitaReporters


2
0
0
1
0

Copy Link: