Video| Ganesh tak lagi tidur dalam kereta! Ebit cari rumah!
Published byKESENGSARAAN kehidupan yang dilalui sepasang suami isteri bersama tiga anaknya dari Pulau Pinang yang menjadi keretanya sebagai tempat kediaman mereka yang diibaratkan rumahku dan hidupku itu akhirnya mendapat simpati daripada penceramah bebas dan tokoh amal, Ustaz Ebit Lew. : KitaReporters
G. GANESH (kiri) bersama isterinya menjadikan kereta sebagai tempat berselindung dan sebelahnya Ustaz Ebit Lew. - Kredit Foto : FB Ebit Lew
Lagi kisah-kisah terpuji berkaitan Ustaz Ebit Lew:
https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew
Ebit Lew yang juga seorang usahawan bukan sahaja telah menyediakan sebuah rumah sewa kepada G. Ganesh dan isterinya, Parameswari, tetapi beliau turut membeli sebuah peti ais, mesin basuh, televisyen, dapur, katil dan kelengkapan-kelengkapan lain.
Pasangan suami isteri terbabit menjadikan kereta sebagai tempat berlindung ketika panas serta hujan selain tempat tidur bagi keluarga itu semenjak rumah mereka musnah dalam kebakaran pada April 2020 lalu.
PARAMESWARI yang mendukung bayinya berusia lapan bulan bergurau dengan Ebit Lew. - Kredit Foto : FB Ebit Lew
Selepas kejadian itu, G. Ganesh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan telah memohon bantuan rumah sebanyak dua kali tetapi sehingga kini permohonannya gagal menyebabkan keluarga mereka menjadikan kenderaan itu sebagai kediaman mereka dan mereka mandi di tandas awam.
Melalui laman Facebooknya pada Khamis, 24 Disember2020, Ustaz Ebit Lew berkata beliau akan membayar sewa rumah baharu yang mengandungi tiga bilik itu tetapi jikalalu pasangan terbabit ingin tinggal terus di rumah berkenaan dia akan membayar sewa rumah berkenaan.
EBIT Lew membawa pasangan suami isteri itu untuk membeli peti ais. - Kredit Foto: FB Ebit Lew
Menurutnya, beliau bersimpati dengan nasib G. Ganesh yang tidak mempunyai rumah kediaman menyebabkan beliau mencari sebuah rumah sewa supaya kehidupan keluarga terbabit lebih selesa dan selamat.
``Sayu hati saya mengenangkan kesusahan hidup yang dialami keluarga G. Ganesh yang terpaksa tidur dalam kereta dan mandi pula di tandas awam.
``Sedihnya rasa hati, saya tidur lena dan makan sedap tetapi ada orang lain sampai tinggal dalam bonet kereta. Isterinya berpantang baharu lepas bersalin hanya dalam kereta,’’ katanya lagi.
G. Ganesh bersama isterinya serta tiga orang anaknya termasuk seorang bayi berusia lapan bulan tinggal di dalam kereta tersebut selama lapan bulan sebelum mendapat sebuah rumah sewa yang diberikan oleh penceramah bebas itu.
RUMAH sewa baru yang akan didiami oleh keluarga G. Ganesh.
Ebit Lew berkata pasangan itu memang baik kerana tidak henti-henti mengucapkan terima kasih diatas sumbangan yang dihulurkan itu.
``Suami dan isteri itu menangis terharu kerana banyak sangat saya menyumbang untuk keluarga mereka dan mereka suka sangat melihat rumah sewa baru, cantik dan selesa,’’ ujarnya. - KitaReporters