Video| Tak sanggup lihat sahabat nangis! Rakan-rakan kumpulkan duit bagi ganti telefon baharu!
Published bySELAIN ahli keluarga, rakan-rakan juga sering bersama-sama kita dalam meneruskan perjalanan kehidupan seharian. Bagi anak perantau yang berjauhan dengan keluarga, sahabat boleh dianggap adik beradik yang sentiasa memantau perkembangan seharian itu dan sentiasa ada di saat suka dan duka.
Itulah nilai persahabatan sebenar!
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan persahabatan
Kredit foto: Video TikTok Lestari Brothers
Memandang nilai itu terlalu mahal dan sukar ditukar ganti maka ada sesetengah pihak tidak kisah mengeluarkan sedikit wang bagi membantu sahabat yang dalam kesusahan.
Kisah sama juga berlaku kepada sekumpulan remaja yang tidak sanggup melihat salah seorang daripada geng mereka berada dalam kesusuahan.
Kisah mereka bermula apabila salah seorang daripada geng mereka, yang dipanggil Alang kehilangan telefon bimbit akibat dicuri dan menyebabkan terus berduka seharian.
Menerusi perkongsian dalam aplikasi TikTok, seorang remaja yang menggunakan akaun @lestaribrothers membuktikan nilai persahabatan mereka bukan hanya pada saat senang semata-mata.
Tidak sanggup melihat Alang dalam kesusahan dan menangis sepanjang hari selepas 'rakan baiknya' hilang.
Dia dan beberapa rakan lain bersepakat mengeluarkan ‘dana’
bagi menggantikan telefon baharu kepada Alang.
Menariknya, ketika menghulurkan hadiah berkenaan kepada Alang, mereka sempat memujuk dan menyatakan pemberian itu sebagai hadiah hari lahir.
Namun Alang yang masih berduka di saat menerima pemberian itu menyangka itu adalah prank semata-mata daripada rakan serumahnya.
Tapi sangkaan itu ternyata salah selepas salah seorang
daripada rakan mereka membukakan kotak telefon yang sememangnya mempunyai ‘isi’
yang berharga itu.
Lucunya ketika seorang rakan mereka cuba memujuk Alang supaya tidak menangis lagi apabila diganti dengan hadiah baru itu.
“Janji jangan nangis lagi, sebab kau nangislah
kitaorang belikan .
“Jangan nangislah lagi, kitaorang dah puas tengok kau nangis dari pagi lagi,”ujar salah
seorang daripada mereka.
Malah Alang yang sedang terbaring terus bangun dan mengesat air mata kerana terkedu melihat telefon baharu di depannya sambil bertanya berapa harga telefon yang diberikan sebagai hadiah itu.
Alang sekali lagi dilihat terharu sehingga menangis kali kedua melihat keihlasan geng baik mereka yang sanggup menggantikan telefon sebagai hadiah kepadanya.
Malah Alang sempat memeluk salah seorang rakannya
kerana terlalu terharu dengan keikhlasan rakan yang tinggal serumah dengannya.
Menjengah dalam ruangan komen pelbagai komen positif diterima dan kagum melihat keihlasan nilai persahabatan yang ditonjolkan anak muda itu.
Selain memuji tindakan anak muda itu, ada juga netizen yang terhibur dengan reaksi Alang yang menangis kalahkan anak dara, walaupun dipujuk berkali-kali.
Mungkin terlalu sedih dengan kehilangan itu menyebabkan Alang moody seharian dan hanya mendiamkan diri di ruang tamu rumah mereka sambil melayan perasaan sedih.
Video perkongsian berkaitan nilai persahabatan itu disaksikan lebih 1.3 juta kali setakat tengah malam Selasa, 4 Mei 2021.
Semoga ikatan persabahatan itu terus berkekalan sampai
bila-bila!
inilah nilai persahabatan yang sebenar! Bukan sahaja
indah pada saat senang namun tetap setia pada saat susah dan sukar.
Terbaiklah anak muda...salute kat korang semua! - KitaReporters