PKP di Kedah: Peniaga rayu dibenarkan berniaga! Dah keluarkan banyak modal! Ada juga berhutang!

Published by
KitaReporters


PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan ke atas beberapa tempat di Kedah telah mengundang gelisah peniaga Aidilfitri apabila mereka kemungkinan perlu menutup kedai sehingga PKP tamat iaitu selepas 14 Mei 2021, bermakna selepas hari raya Aidilfitri. 

Seorang peniaga pakaian dari Kedah, Tyha Fatyha Henna berkata, ada antara mereka yang baru keluarkan modal dan ada juga yang masih menunggu stok sampai ke kedai mereka.


Lagi cerita-cerita berkaitan PKP



"Modal kami bukan ciput, modal 15-30k. Dua minggu niaga xdan lagi nk kumpui modai, ada yang masih pusing modai, topap stock. Diarahkan PKP tutup. Bulan puasa lah kami nak tambah pendapatan tapi sebaliknya tambah hutang piutang" kata Tyha melalui satu posting yang dimuat naik dalam laman media sosial miliknya.


Kredit foto: FB Tyha 


Tambahnya lagi, mereka telah mengeluarkan modal simpanan yang ada untuk memastikan perniagaan kali ini berjaya.

Jika perkara ini sahih dan mereka perlu menutup perniagaan, sudah pasti ia sangat memeritkan terutama kepada peniaga yang sudah keluarkan modal yang begitu banyak, malah ada juga yang terpaksa berhutang.



Kata Tyha lagi, jika ini berlaku juga, mereka akan terbeban dengan hutang ditambah pula mereka juga ada ahli keluarga yang perlu disara selain mencari modal untuk bayar semula barang yang sudah dipesan.

Ekoran status yang dimuat naik dalam Facebook miliknya, ramai juga yang bersimpati dengan apa yang bakal para peniaga Aidilfitri ini hadapi jika benar mereka perlu menutup kedai disebabkan PKP di negeri Jelapang Padi itu.





Jika benar diarahkan tutup, harap peniaga-peniaga ini dapat membuat jualan secara dalam talian pula namun ia bukanlah sesuatu yang mudah terutama bagi mereka yang belum mahir dan tidak pernah menjual secara online itu. - KitaReporters


0
1
1
0
0

Copy Link: