Takziah Kartini Noor! Suami meninggal, till we meet again!

Published by
KitaReporters

BERIKUT adalah catatan peribadi rakan Mojo KitaReporters, Kartini Mohd Noor selepas suaminya, Dzulfakry Thani Mohd Nor meninggal dunia pada awal pagi Jumaat 6 November 2020 di hospital akibat penyakit kanser. Semoga roh Allahyarham diletakkan dalam kalangan orang beriman dan beramal saleh serta para sahabat dan para syuhada. Amin!! : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan wartawan:

https://kitareporters.com/search?search=wartawan


 Selamat disemadikan di Pusara Bandar Country Home jam 11 pagi, Jumaat yang barokah pada 6 November. Dia meninggal dunia jam 3.45 pagi, di Hospital Selayang.

Arwah meninggal kanser tahap 4. Dikesan bila sudah merebak ke seluruh organ utama, jantung, hati, paru2, usus dan doktor dan kami pasrah. Kami cakap buat yang terbaik.
Pakar bedah Dr Bius Dr Kam minta kami bagi tahu nak buat sebelum tu.
Arwah tunggu maknya datang. Sebaik maknya sebut namanya dia cuba gerakkan tangan dan kaki, biarpun doktor sudah suntik ubat dos yang paling tinggi untuk tidurkan dia.
Jika tidak dia muntah darah dan doktor bimbang dia lemas nanti. Selesai maknya baca dua kali surah Yassin dan keadaan bertenang, arwah meneruskan 'tidurnya' yang lena, jam 3.30 pagi.


Dari seorang lelaki yang serba ringkas hidupnya dipermudahkan sejak sekian lama. Masa kerja bahagian teknikal dengan pernec selama 35 tahun dia dapat kemaja T percuma sepanjang masa tu.
Meninggal pun mudah ringkas seringkasnya dari urusan pengendalian jenazah hingga ke liang lahad semua mcm ikut jadual.
Siap ada yang tolong tabur bunga yang patutnya ditabur atas pusara bapanya, sebab faham anak jantan, bab2 siram air dan taburan bunga diorg manalah tahu...
Sakit sekejap saja. Dikesan 18 Oktober selepas mengadu aesak nafas. Akhir hayatnya baru kami diberitahu kansernya dah tahap 4 dan semua organnya collasep pada 5 November dan sehari selepas dia tepati takdirnya
Proses perubatan baru nok mula dengan scan ct. Dia cukup takut bila dapat tahu kena operasi. selamanya dia selamat dah tu.
Dengan semua urusan dilakukan oleh 8 anaknya. Abg suami, Ayah Long sejak awal lagi monitor satu2nya adik lelakinya.
Sejak suami sakit dia mahu tahu semua perkara. 


Masa mandikan jenazah, Ayah Long agihkan anak2 saya apa kena buat, sapa buat itu ini dan dia minta seorang lagi anak sedara kami, Ser Rowe balik-hari ambik mentua di airport KB bawa terus bawa balik ke KL untuk pertemuan terakhir dgn suami, sebelum semua hidupnya sampai noktah.
Dah disahkan meninggal dunia, kami sampai jam 5.00 pagi kat hospital. Selesai dokumentasi selepas Suboh.
Selepas kami solat Suboh, Ustaz Mohamad tiba bawa Kit Kifayah.
7 dari anak mandikan papa dia, seorang bawa dokumen uruskan halehwal di masjid Cahaya Imam.
Dan saya juga dapat peluang sabunkan dia. Teringat saya mandikan saat akhir hidupnya. Dia mahukan saya saja mandi, cuci najisnya dan uruskan pakaiannya, masa tulah saya usik dia, kami mengkekeh dlm bilik mandi.
Saya paling suka dengar dia ketawa terutama di corong telefon kacau dia mcm2.
Masa nak mandi jenazah, ustaz bagi tazkirah pertama. Anak2 ambillah peluang mandikan ibu bapa kerana dari kecik, ibu bapa mandi dan basuh berak kita.
Akhir hayatnya, anak bolehlah balas jasa itu. Selesai mandi, jenazah terus dikapankan.
Jenazah dimandikan di wad forensik Hospital Selayang selepas Suboh.. Siap jam 7.30 pagi. Selesai kapan, tazkirah kali kedua dgn ustaz memberitahu anak sulong akan ambil alih tanggungjawab jaga keluarga. 



Ustaz kemudian bagitahu kami, selama 26 tahun dia mandikan jenazah, yang ini paling sempura bersih, meninggal pula hari Jumaat dan bila dia wududkan suami, dia nampak air mata suami mengalir.

Anak tanya saya, Umi..wah papa senyum panjang sampai ke telinga. Muka cengkung kembali normal, mata tutup macam org sedang lena tidur.
Dari seorang bayi, remaja, jejaka paling tampan di mata saya, budiman, caring yang luar biasa saya rasa mcm dalm cerita Rapunzel, kekasih, suami, bapa sejati, atok yang ceriakan cucu, selamanya dia kekasih hati dan my encem teddybear.
Dia pergi bawa semua termasuk cinta dan kasihsayang saya dan dia tinggal segunung rindu yang saya tak mungkin saya dapat robohkan dlm masa bertahun2 lamanya....
Alfatihah till we meet again.😭😭  



1
1
25
1
3

Copy Link: