Jay Khairil Jeremy Abdullah akan terus mendukung mandat kerajaan untuk menggalakkan budaya menabung dalam kalangan rakyat Malaysia. - Kredit foto: thestar.com


TUAH menyebelahi seorang warga emas selepas kegigihannya menabung secara membeli Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) setiap bulan membuahkan hasil apabila memenangi Cabutan Istimewa RM1 juta bagi bulan Februari 2021.

Kemenangan warga emas lelaki berusia 81 tahun itu merupakan kali kedua yang diperoleh.

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil Jeremuy Abdullah berkata sebelum ini warga emas itu membawa pulang hadiah sebuah kereta BMW 318i melalui cabutan bulan pada Mei 2018.

"Hingga hari ini, beliau masih setia menyimpan dengan BSN SSP walaupun telah memenangi ganjaran menarik, termasuk cabutan istimewa BSN SSP RM1 juta," katanya dalam satu kenyataan mediua di Kuala Lumpur pada 3 April 2021.

Buat kali pertama pada tahun ini, BSN turut mengumumkan 13 pemenang bagi Cabutan Tempatan yang membawa pulang sebuah kereta Perodua Myvi 1.5 Auto.

Senarai para pemenang boleh disemak melalui laman sesawang BSN www.bsn.com.my atau laman Facebook BSN @ BSN Malaysia.

Sebagai bank komuniti Jay Khairil berkata, BSN akan terus mendukung mandat kerajaan untuk menggalakkan budaya menabung dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selain berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik, orang ramai berpeluang menikmati kadar keuntungan hingga 1.9 peratus setahun dengan menyimpan dalam SSP Edisi Khas BSN yang sama dengan kadar tetap di bank lain. - KitaReporters


4
3
1
2
0

Copy Link: