Berita Terkini| MAIK peruntuk RM306K untuk Maahad Tahfiz! Lahir huffaz profesional
Published byKredit Foto; journalmalaysia.com.
SEBANYAK RM306,646 diperuntuk oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah dalam usaha melahirkan lebih ramai huffaz profesional.
Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam
Tengku Abdul Aziz berkata, idea penubuhan maahad tahfiz berkenaan yang terletak di Tumpat, adalah hasil
daripada lawatan kerja ke negara Turki bersama kerajaan negeri Kelantan pada
pertengahan tahun 2019.
“Untuk permulaan ini, sebanyak RM126,000 akan
digunakan untuk menaja 10 orang pelajar di maahad tahfiz berkenaan dalam tempoh tiga tahun.
“Selepas tamat
pengajian di sini kesemua tahfiz ini akan menyambung pelajaran di Turki yang akan dibiayai
sepenuhnya oleh kerajaan Turki,”katanya yang dipetik Journalmalaysia.com pada Sabtu, 10 April.
Mohamad Rizam berkata, bagi menyiapkan pembinaan
bangunan maahad tahfiz berkenaan, MAIK melalui Wakaf Tunai Am telah menyalurkan
sebanyak RM49,000 dimana Wakaf Tunai Am itu adalah sebahagian produk wakaf
MAIK.
“
MAIK juga telah memperuntukkan wang zakat berjumlah RM56,646 dan peruntukan baitulmal bernilai RM75,000 kepada maahad terbabit untuk pembelian perabot, pendingin hawa serta penyelenggaraan lain.
Dalam pada itu, MAIK juga merakamkan penghargaan
khusus kepada Mat Razi Mat Ali yang telah mewakafkan tanah miliknya yang
dijadikan tapak maahad tahfiz berkenaan selain usaha untuk mendapatkan dana
sekaligus dapat menyempurnakan pembinaan maahad tahfiz ini. - KitaReporters