Berita Terkini| UKM sampaikan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada Dr Noor Hisham
Published byDr. Noor Hisham Abdullah menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan dalam Kesihatan Awam di UKM, Bangi pada 3 April 2021. - Kredit foto: MalaysiaGazette
KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kepimpinan dalam Kesihatan Awam) pada Majlis Konvokesyen ke-48 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada Sabtu, 3 April 2021.
Majlis penyerahan anugerah disempurnakan oleh Canselor UKM, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar), universiti berkenaan.
Dalam titah perasmiannya, Tuanku Muhriz bertitah,
seluruh warga UKM harus berbangga dengan pencapaian Dr Noor Hisham Abdullah.
“Seluruh warga UKM seharusnya berbangga kerana dua
tokoh alumni UKM iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Tan Sri Dr Jemilah Mahmood,
Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam adalah antara
individu penting dalam menangani penularan wabak Covid-19,” titah baginda yang
dipetik MalaysiaGazatte.
Turut hadir Pro-Canselor UKM, Tan Sri Tunku Puteri
Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Tahun ini, 6,166 graduan UKM yang berjaya menamatkan
pengajian dengan 85 daripadanya adalah graduan Ijazah Kedoktoran dan seorang
penerima sukun Ijazah Sarjana Muda Sains Citra.
Selain Dr. Noor Hisham, seorang saintis yang diiktiraf
di peringkat global, Profesor Emiritus Dr. Soontak Lee turut menerima Ijazah
Kehormat Doktor Falsafah bagi kategori Pengurusan Kelestarian.
Beliau merupakan dan Profesor Emiritus di Universiti Yeungnam, Korea Selatan. -KitaReporters
BERBANGGA dengan tokoh alumni UKM yang terlibat aktif tangani penularan Covid-19. Kredit Foto odisi.my