Hati ibu bapa mana yang tidak bangga melihat anak mereka berjaya dalam hidup, semestinya sebak dan terharu dengan kejayaan dimiliki anak sendiri. Begitulah kasih sayang ibu bapa terhadap si anak sukar diungkap dengan kata-kata, malah kejayaan yang disandang si anak hari ini juga mungkin berkat daripada doa kedua-dua orang tua itu.

Baru-baru ini tular kisah sepasang suami isteri terharu melihat kejayaan anak lelaki mereka yang baharu tamat latihan polis selama enam bulan sehingga menitiskan air mata kebanggaan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan anggota polis:

https://kitareporters.com/search?search=anggota+polis



Menerusi perkongsian berkenaan dilihat reaksi spontan si ayah mendapat tabik hormat daripada anak lelakinya yang baharu menamatkan latihan polis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Segamat baru-baru mencuri perhatian ramai.

Perkongsian penuh sebak itu dikongsi oleh anak perempuan pasangan warga emas itu, Zarathul Azriella menerusi aplikasi TikTok baru-baru ini.

Perkongsian berkenaan menyaksikan momen sayu selepas bapanya memeluk erat anak lelakinya yang lengkap beruniform polis sebaik sahaja adiknya keluar daripada dewan. Lebih sayu, ibunya pula turut sebak melihat kejayaan anaknya sambil memeluk erat tanda bangga.

Menurut Zarathul, adiknya menjalani latihan di pusat latihan berkenaan selama enam bulan dan sepanjang tempoh itu mereka sekeluarga tidak dapat berjumpa dengan adik lelakinya.

Namun pertemuan mereka sekeluarga pada hari berkenaan tidak lama kerana adiknya telah ‘terbang’ ke Bintulu, Sarawak selepas mendapat tempat bertugas.


Syukurlah walaupun sekejap...yang pasti si adik sudah memiliki pekerjaan yang tetap.

Dalam pada itu, sehingga video itu dimuat naik telah disaksikan oleh lebih 1.7 juta pengguna dan rata-rata netizen sebak dan sayu menyaksikan momen istimewa mereka sekeluarga.

Kerjalah dengan ikhlas dan pandai-pandai bawa diri ke tempat orang ye! Selamat berkhidmat demi keamanan negara. - KitaReporters


13
1
4
0
1

Copy Link: