Video| Kisah cinta sejati! Pasangan abadi 42 tahun bersama! Mati pun bersama! Satu liang lahad
Published bySELAMA 44 tahun hidup bersama, dikurniakan rezeki melimpah, tetapi tidak dikurnia sebarang zuriat, namun pasangan suami isteri ini tetap hidup bahagia dan setiap hari makan sepinggan.
Walaupun mampu hidup mewah, namun pasangan yang berkahwin sejak tahun 1977, tetap tinggal di rumah lama yang sederhana dan lebih suka naik kenderaan roda dua Vespa berdua sama ada jenis standard atau automatiK walaupun mampu berkenderaan mewah.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan suami isteri:
https://kitareporters.com/search?search=suami+isteri
Mereka rasa lebih puas berkongsi kekayaan dengan orang ramai dengan melakukan kerja amal hasil kejayaan perniagaan mereka.
Allah menunjukkan kuasa-Nya dengan memanggil pulang kedua-dua pasangan ini hampir bersamaan, cuma selang kira-kira 2 jam dalam usia 60 dan 68 tahun. Dan pasangan sejoli ini disemadikan dalam satu tiang lahad.
Peristiwa tragik ini terjadi Jalan Letda Mustajab Sukerejo, Desa CampurejoBojonegoro Kota, Daerah Bonjonegoro, Jawa Tengah, Indonesia pada Jumaat, 5 Februari 2021.
Hajah Ummi Munawaroh yang menghidap diabetes, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 pagi sementara si suami, Haji Fatkhan Sibyan meninggal pada jam 4 pagi iaitu selang kira-kira 2 jam setengah akibat serangan jantung.
Fatkhan cukup sedih dengan pemergian sang isteri dan jatuh dari kerusi ketika melihat jenazah sang isteri sambil berdoa lalu meninggal.
Dua insan itu yang dianggap tokoh masyarakat setempat menyebabkan rumahnya dikunjungi ramai walaupun ketika pandemik Covid-15 begitu juga ketika penghantaran jenazah ke tanah perkuburan.
Sebuah video yang memperlihatkan proses pengkebumian pasangan suami isteri ini tular dalam media sosial Indonesia.
Video berdurasi kurang dari satu minit itu mulanya dimuat naik akaun Instagram @berita_bojonegero2, pada Jumaat, 5 Februari 2021.
Fatkhan sempat mendampingi jenazah isterinya apabila tiba-tiba terkena serangan jantung hingga meninggal dunia.
Walaupun tidak dikurniakan anak, namun mereka tetap hidup bahagia berdua sehingga maut memisahkan.
Menurut postingan akaun Instagram, @berita_bojonegero2, kisah cinta pasangan suami isteri ini disebut sebagai 'Kisah Cinta Sejati di Bojonegoro'.
Pasangan ini dikenali sebagai taat agama dan kuat melakukan kerja amal. Sebagai usahawan berjaya di daerah itu, mereka banyak berbahagi rezeki dengan masyarakat setempat.
Pasangan ini turut membina dan mewakaf dua masjid dan pondok pesantren di daerahnya. Pada 24 Januari 2021, kedua-duanya sempat merasmikan Masjid Al-Ichsan dan Pesantren Sunan Drajat yang diwakafkan.
Pasangan suami isteri ini bersama ke surau berhampiran kediaman untuk melakukan solat berjemaah setiap waktu.Dan Haji Fatkhan menjadi imam surau itu.
"Bapak dan ibu adalah orang alim, setiap solat lima waktu beliau berdua selalu berangkat bersama ke musola dekat rumah. Sementara itu bapak menjadi imam di musola tersebut," tulis akaun IG @berita_bojonegoro.
Diharap pasangan suami isteri ini mendapat ‘husnul khatimah’ (pengakhiran yang baik).
Namun setakat ini tidak diketahui sama ada harta lain milik pasangan suami isteri ini telah diwakaf atau diserah kepada pihak lain untuk menguruskan perniagaan mereka. Antaranya perusahaan perabot dan peralatan jahitan. - KitaReporters