Meghan minta vaksin Covid-19 diberi sama rata! Antara lelaki dan wanita! Sama-sama terjejas!

Published by
KitaReporters


MEGHAN Markle, isteri kerabat diraja Britain, Putera Harry yang kini bermastautin di California, Amerika Syarikat memohon dunia supaya memberikan suntikan vaksin Covid-19 yang sama rata antara jantina bagi membanteras pendemik berkenaan yang turut mengorbankan sebahagian besar nyawa wanita

Katanya, dijangka 47 juta wanita di seluruh dunia dijangka terjerumus di lembah kemiskinan yang ekstrim akibat penularan wabak berkenaan dan kini hampir 5.5 juta wanita di Amerika Syarikat sudah kehilangan pekerjaan

Sehubungan itu, Meghan yang juga pelakon siri drama undang-undang The Suit, sangat berharap vaksin itu dapat diedarkan sama rata, murah dan negara lain pula dapat berkongsi dengan penduduk yang memerlukan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Meghan Markle



"Kita sudah berjuang bersama, pulih bersama dan mari kita bina kekuatan untuk kehidupan baharu bersama." 

Meghan berucap demikian ketika muncul dalam siaran langsung mengenai kempen suntikan vaksin Covid-19 menerusi Vaxlive. 

Katanya dunia harus melihat nasib wanita terutama yang kulit hitam yang dianggap sebagai pencari nafkah keluarga semakin terhapus akibat pendemik itu.

Meghan mengambil kesempatan menarik perhatian dunia supaya memberi keutamaan suntikan kepada wanita kerana dia sendiri dijangka melahirkan anak keduanya seorang bayi perempuan, bila-bila masa saja pada Mei-Jun 2021.



Majalah Elle dan Vanity Fair melaporkan Meghan dan Harry sudah pun membuat persiapan mengambil cuti bersalin. Khabar ini juga disahkan oleh Page Six bahawa pasangan itu mahu menghabiskan masa bersama menjelang kelahiran puteri mereka.

Kata Page Six, cuti bersalin Meghan akan bermula penghujung Mei 2021 ini. 

Meghan tidak memberitahu tarikh sebenar kelahirannya kerana bekas pelakon itu mahu memastikan saat kelahiran itu serahsia mungkin. 

Sebagai pasangan yang tidak lagi berkhidmat dengan keluarga diraja Britain itu kesempatan itu membolehkan mereka mendapat hak untuk tidak perlu membuat pengumuman tarikh kelahiran anak itu.


Meghan ketika hamilkan anak sulungnya, Putera Archie.


Sementara Us Weekly melaporkan pada 12 Mei 2021 lalu, Meghan enggan membuat majlis `baby shower` berikutan krisis Covid-19

Sumber memberitahu, pasangan itu berasa tidak sesuai bermewah-mewahan pada kala penduduk dunia menderita. Lebih-lebih lagi mereka banyak terbabit dalam isu kemanusian dan merasakan masa dan sumber kewangan serta limpahan hadiah itu, lebih baik digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah.

Dan kesempatan itu dua tampil dalam siaran langsung menerusi Global Citizen Vax Live pada 8 Mei 2021 lalu itu yang dinaungi oleh pasangaan itu, lalu beliau terus meminta supaya suntikan vaksin itu diberikan sama rata antara jantina.

Meghan yang kelihatan sangat menawan bergaya dengan feysen sentuhan pereka Carolina Herrera berkata: “Saya dan suami sangat gembira menanti kehadiran seorang puteri. Kami ingin berkongsi kegembiraan dengan jutaan keluarga di seluruh dunia. 

"Dan ingat, masa depan kepimpinan dunia di tangan kita. Keputusan yang kita buat sekarang akan menjadi pencetus kejayaan, kesaksamaan dan sifat penyayang," ujarnya. - KitaReporters


Meghan muncul bergaya dalam fesyen rekaan Oscar de la Renta untuk rancangan Spotify 


1
0
1
0
1

Copy Link: