Video| Permintaan terakhir! Anak cepatkan tarikh nikah! Ibu meninggal beberapa hari kemudian!
Published bySI IBU ini sentiasa berdoa agar dapat melihat anak bongsunya berkahwin sebelum dipanggil Illahi. Memandangkan ibu sudah sakit tenat, permintaannya dipersetujui si anak dengan mempercepatkan tarikh perkahwinan.
Anak perempuannya, Mira Mariana mempercepatkan pernikahan dengan Fidarus Ramli pada 9 Julai 2021 di salah satu tempat di Sarawak. Beberapa hari setelah majlis akad nikah si ibu kembali menghadap ilahi.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pernikahan
Video sSuasana pernikahan itu dimuat naik pengguna TikTok @dausz_comunisz93, pada Ahad, 18 Julai 2021 dan menjadi tular.
“Ya Allah, mak pernah bercakap dengan family saya, harap panjang umur nak tengok anak bongsunya kahwin. Alhamdulilah mak sempat tengok kami kahwin. Al-Fatihah,” kata Mira dalam postingannya.
Dalam video, terlihat pasangan pengantin sedang bersama seorang perempuan, iaitu ibu pengantin wanita.
Si ibu terbaring tidak bermaya tetapi dihias berpakaian selesa dengan tangannya digenggam oleh si anak yang baharu sah bergelar isteri.
Si suami turut menenangkan si isteri dan emak mentuanya.
Video ini mendapat perhatian daripada pengguna media sosial. Ramai yang turut sedih dengan apa yang menimpa pengantin perempuan. - KitaReporters