Abang nekad campak adik dan terjun! Demi selamatkan nyawa!
Published byTINDAKAN pantas dua kanak-kanak yang nekad terjun dari ketinggian 12 meter (40 kaki) flat kediaman mereka di Grenoble, Perancis, ketika api sedang marak dianggap sesuatu yang berani demi menyelamatkan nyawa, baru-baru ini. Memetik laporan Dailymail.com, detik mendebarkan itu berlaku ketika dua beradik masing-masing berusia 10 dan tiga tahun ditinggalkan bersendirian dan dikunci dari arah luar rumah mereka di tingkat tiga flat berkenaan. : KitaReporters
BERANI...melepaskan adik yang berusia tiga tahun terlebih dahulu sebelum nekad terjun demi menyelamatkan diri. - Kredit foto: Facebook Souhaila Saidi
Mungkin melihat api yang semakin marak memenuhi rumahnya membuatkan abang yang berusia 10 tahun itu tidak memikirkan perkara selain mahu
menyelamatkan nyawa mereka berdua.
Nasib baik cepat bertindak…
Si abang pada awalnya nekad mencampak adiknya ke bawah untuk disambut oleh orang ramai sebelum berani melompat dari ketinggian itu demi
menyelamat diri.
Namun dia bernasib baik kerana ada orang yang melalui
kawasan itu dan bersedia menyambut adiknya.
TINDAKAN cepat tersebut berjaya menyelamatkan nyawa dua beradik yang ditinggalkan bersendirian oleh ibu bapa mereka. - Kredit foto: Twitter @oumsedia69
Nasib baik!!! Jika tiada mati katak si adik tu!!
Orang awam yang menyelamatkan dua beradik
itu, Athouani Walid, berkata dia mendengar tangisan kanak-kanak berkenaan
ketika melalui kawasan itu dan terus bergegas ke tempat tersebut untuk bersedia
menyambut kanak-kanak berkenaan.
“Saya terus bergegas selepas mendengar tangisan
kanak-kanak dan melihat api sedang marak dari arah dalam kediaman berkenaan,” ujarnya
yang turut mengalami patah tangan akibat menyambut kanak-kanak berkenaan.
Dia yang juga merupakan pelajar memberitahu, mendengar
jeritan kuat daripada dua beradik berkenaan sambil meminta tolong.
ORANG RAMAI menyambut adik dari aras tiga selepas berlaku kebakaran di rumahnya di bandar Grenoble, perancis baru-baru ini.
“Ketika itu api sedang marak dan letupan turut berlaku di kawasan berkenaan menyebabkan dua kanak-kanak berada dalam ketakutan,” ujarnya lagi.
Malah, si abang menjerit meminta tolong sambil memberitahu dia tidak mempunyai kunci untuk keluar dan menyelamat diri.
Syukur tindakan pantas dua beradik akhirnya mereka berjaya diselamatkan.
Malah pihak bomba yang tiba di lokasi itu turut
memberitahu kanak-kanak berkenaan tidak mengalami kecederaan serius dan hanya
sesak nafas akibat tertelan asap.
Pihak berkuasa telah menjalan siasatan bagi mengenal
pasti punca kebakaran.
Malah ibu bapa kanak-kanak berkenaan juga turut disiasat
kerana meninggalkan anak dalam keadaaan bahaya. - KitaReporters