Sokong pasangan nak jadi kurus! Hasil dia memang menakjubkan

Published by
KitaReporters

Wanita cantik, kurus, kulit cerah sememangnya menjadi pilihan ramai jejaka di luar sana. Lebih pandang kepada rupa paras. Wanita pun sama!! Tak usah salahkan lelaki kerana wanita pun macam itu juga, akan memilih seperti itu!!! Tak semua orang bersifat begini. Tapi kebanyakkan ya. : KitaReporters

Kredit Twitter Irfan Khai. 


Bagi Irfan Khai, berbadan besar bukan alasan untuk dirinya tidak memilih wanita itu sebagai pasangan beliau

Mungkin dari pandangan mata Irfan, wanita ini ada kelebihan berbanding wanita lain. 

Namun, apa yang dilakukan oleh Irfan memang terbaik apabila beliau menyokong teman wanita beliau untuk berubah dari segi turunkan berat badan.

Kredit Twitter Irfan Khai. 


Dan hasilnya memang tip top. Macam masuk mesin transformer. Masuk lain keluar jadi lain!!!!!

Jika dulu berbadan besar, tetapi selepas lima bulan berdiet serta melakukan pelbagai aktiviti, akhirnya teman wanita Irfan berjaya menurunkan berat badan.

Tengok saja gambar yang dikongsikan oleh Irfan, cantik kan?? 



Tahniah Irfan!! 

Anda memang terbaik. Harap akan kekal dan wanita itu akan hargai anda!!!!

Namun untuk turunkan berat badan seperti itu, bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai cabaran dan dugaan perlu dilalui.

Tetapi usaha Irfan dari segi sokongan moral sangat memainkan peranan. 

Mungkin sokongan itu membuatkan teman wanita beliau makin bersemangat untuk bersenam.


Kredit Twitter Ifran Khai. 


Selain bersenam, teman wanita Irfan jaga dari segi makanan. Mungkin anda boleh ikut jika ia bersesuain dengan diri anda. 


Kredit Twitter Irfan Khai. 


Kepada yang nak berubah dari segi saiz badan, bercakap dan bersemangat sahaja tidak membantu pun. Kena bergerak dan bergerak serta bertindak untuk capai impian anda. 

Kalau duk cakap saja, takut nanti sedar-sedar dah umur 50, bermain dengan anak cucu sambil tengok telefon pun main cakap nak turunkan berat badan!!!! 

Jangan jadikan kekurangan seseorang itu sebagai alasan, sebaliknya bersama-samalah mencari jalan terbaik untuk mengatasi permasalahan itu. - KitaReporters

0
0
0
0
1

Copy Link: