Kerana degil ziarah hari raya! Polis bagi kompaun RM1,000!
Published byZIARAH menziarahi ketika hari raya adalah satu tradisi turun-menurun bagi orang melayu apatah lagi ini merupakan peluang terbaik bagi mereka yang bekerja jauh untuk berkunjung ke rumah rakan-rakan atau sanak saudara. Namun apa yang dulu menjadi kelaziman, kini tak lagi dibenarkan ketika semua pihak diminta mengekang penularan COVID-19. : KitaReporters
Betulah masa ziarah menziarah inilah untuk berjumpa secara berdepan dan 'bergosip' pada hari raya. Geng kaki gosip mesti akui perkara ini.
Tetapi memandang kita sedang berhadapan dengan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB), pihak kerajaan telah keluarkan arahan bahawa hanya hari raya pertama sahaja dibenarkan untuk kunjung mengunjungi.
Itu pun perlu ikut arahan yang ditetapkan dan tidak boleh melebihi 20 orang dalam 1 rumah pada satu-satu masa.
Selepas hari raya pertama, tidak dibenarkan, malah tindakan tegas serta kompaun akan diambil oleh pihak berkuasa.
Amaran sudah diberi, peringatan ulang kali diingatkan tetapi masih ada yang degil.
Maka pihak polis terpaksa berikan hadiah istimewa kepada mereka ini yang melanggar arahan kerana ziarah menziarahi pada hari raya ketiga, Selasa, 26 Mei 2020.
Kredit FB Amirul Ainul
Tak pasal-pasal melayang RM1,000 akibat dikompaun kerana ingkar pada arahan.
Haa, sekarang siapa nak bertanggungjawab? Terpaksalah berkongsi seorang sikit untuk bayar denda ini.
Banyak tu RM1,000, paling sedih orang yang kena saman itu, mesti tidur tak lena memikirkan duit bakal 'pergi' begitu sahaja.
Kepada masyarakat di luar sana, tidak usahlah mencabar peraturan yang telah ditetapkan, jika bernasib baik, mungkin boleh bawa bincang sambil makan kuih raya bersama polis.
Jika tidak, surat 'cinta' kompaun yang diterima. Masa ini, nak makan pun tak ada selera dah.
Kejadian itu berlaku di Kampung Padang Benggali, Penaga, Pulau Pinang dan seramai enam orang dikenakan tindakan undang-undang. - KitaReporters