Video| Ayahku yang lucu! Bapa tak boleh berpisah dengan kerepek! Sampai dibawa ke bilik tidur!
Published byDALAM keluarga pasti ada sahaja kerenah masing-masing yang pasti diingati semua kerana kelucuan atau telatah yang tidak dapat dilupakan.
Tular dalam TikTok baru-baru ini video seorang bapa yang kelihatan sangat mencuit hati ramai netizen. Ini kerana bapa @aqmarism tidak boleh sama sekali berenggang dengan kerepek kegemarannya.
Kelihatan dalam video, setiap kali dirakam oleh anak perempuannya pasti si bapa sedang mengunyah kerepek sambil bermain telefon.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kerepek
Apa yang lebih menarik si anak juga memberitahu bahawa ayahnya tidak akan berkongsikan kerepek ini langsung.
Dia membawa balang kerepek sehingga ke bilik sampai tertidur.
Lebih lucu apabila si anak meminta tetapi disiku bapanya.
Netizen sangat terhibur apabila rakaman akhir video memaparkan si bapa sampai terlentok bersebelahan balang kerepek yang terbuka.
Rata-rata netizen memberi komen bahawa gelagat si bapa sama sangat dengan ayah mereka.
Adakah bapa anda mempunyai perangai sama seperti ini? Kongsikan bersama kami di bahagian komen.
Lucu sungguh perangai ayah-ayah ini! - KitaReporters