Cantiknya pengantin, Nicola berpakaian pengantin untuk sesi foto


AKHIRNYA, bekas penyanyi grup Spice Girls, Victoria dan pemain bola sepak England, David Beckham menerima menantu apabila anaknya, Brooklyn Beckham melafazkan nikah dengan aktres Nicola Peltz, di Estet Palm Beach, Amerika Syarikat pada Sabtu, 9 April 2022 lalu.

Brooklyn, 23, dan Nicola, 27, anak gadis pelabur kewangan terkemuka, bilionair Nelson Peltz, melangsungkan perkahwinan dalam suasana gilang gemilang dengan dihadiri ramai kenalan dalam industri hiburan dan bola sepak di kediaman mewah Peltz yang bernilai RM438 juta (AS$103j) di tepi pantai Palm Beach, Florida.


Lagi cerita-cerita menarik


Candid: As part of his duties as father of the groom, retired footballer David gave a five minute speech about his son and his new wife (pictured with Victoria on the day)

Selesai sebahagian daripada tugas sebagai ibu bapa. Victoria dan David dikatakan menitis air mata ketika mengungkit kisah silam membesarkan Brooklyn. 


David menangis menceritakan kisah membesarkan Brooklyn.


Acara perkahwinan itu berlangsung tiga hari tiga malam dengan sesi tiga kali tukar pakaian dan tiga majlis. Bermula dengan jamuan makan malam pada Jumaat (8 April 2022), majlis kahwin pada Sabtu dan berakhir Ahad (10 April) dengan jamuan makan tengah hari yang bergaya dan penuh kemewahan. 

Beberapa khemah besar dibina di kediaman yang mempunyai 27 bilik dan ada satu khemah itu khas untuk kumpulan band membuat hiburan secara langsung untuk tetamu termasuk artis undangannya ialah bekas suami Jennifer Lopez, Marc Anthony.

Akhbar Daily.Com melaporkan adik beradik Brooklyn, Romeo dan Cruz menjadi pengiring pengantin bersama bapa mereka dan adik Nicola menjadi ketua pengiring pengantin

Anak bongsu, Victoria dan Beckham, Harper, 10, turut mengiringi pengantin perempuan


Beautiful! As exclusively predicted by MailOnline, the couple wed under a flower-garlanded chuppah in traditional Jewish ceremony in honour of Nicola's Jewish heritage (pictured after they got engaged)

Saya akan jadi suami dan bapa terbaik, kata Brooklyn.


Kedua-dua keluarga menjemput lebih kurang 300 tetamu hadir antaranya Serena Williams; TV cef Gordon Ramsay serta isterinya Tana dan lima anak mereka; aktres drama bersiri Desperate Housewives, Eva Longoria, serta rakan Beckham dan ejen sukan, Dave Gardner

Sebelah Victoria pula ialah adiknya, Louise bersama anak, Libby yang terlebih dahulu sudah berada di Miami bersama ibu bapa mereka Tony dan Jackie.

Ibu bapa David, Ted, 73, turut hadir membawa isteri barunya, Hilary Meredith, 62 dan adik perempuan, Jo.

Brooklyn yang dulu berjinak dengan dunia fotografi kemudian beralih menjadi tukang masak pernah menyuarakan hasrat kepada ibu bapanya, mahu berkahwin muda sama seperti Victoria dan David bernikah pada kala mereka di kemuncak kerjaya di dunia hiburan dan sukan bola sepak.

Brooklyn memilih Nicola, 27, selepas beberapa kali putus cinta. Nicola terkenal dengan peranan sebagai anak perempuan Mark Wahlberg dalam filem Transformers: Age Of Extinction. Dia juga pelakon siri TV, Inhumans.


The Spice Girls style, Spice Girls fashion, Spice Girls best looks

Grup Spice Girls antara tetamu


Pengantin itu dilaporkan menghabiskan masa berparti dengan kumpulan band yang bermain secara live untuk majlis berkenaan bagi meraikan acara perkahwinan yang menelan belanja hampir RM16 juta (AS$4 juta).  

Gaun pengantin Nicola dihasilkan oleh pereka Pierpaolo Piccioli dari Butik Valentino. Manakala bunga-bungaan yang menghiasi majlis, hasil tangan Rishi Patel dari HMR Designs, orang yang sama mencantikkan dewan pengantin anak pemilik komputer dunia, Bill Gate, Jennifer. 

Dan hiasan meja serta perabot hasil sentuhan Pablo Oliveira dari Nuage Designs yang dulu bertanggungjawab membuat dewan makan untuk anak perempuan bekas Presiden Amerika,  Chelsea Clinton.

Sementara itu, Brooklyn turut mengundang anak lelaki Madonna, Rocco Ritchie, rakan permainan masa kecilnya dan Gigi Hadid, kawan zaman kanak-kanak Nicola, menjadi tetamu istimewa mereka.

Selain itu, parti tidak akan meriah kalau tidak diundangnya, David Grutman yang digelar sebagai 'raja kehidupan malam' Miami. Keluarga Beckham menjadi kawan baik David Grutman dan membeli apartmen mewah di Miami selepas dia mengasaskan pasukan bola sepak Inter Miami pada 2018. 

Jurulatih Inter Miami Phil Neville dan adiknya Gary bersama keluarga turut menjadi sebahagian tetamu. 



Brooklyn dan Nicola mula berkasih pada Oktober 2019 selepas diperkenalkan oleh Sofia Richie, model yang juga anak penyanyi Lionel Richie.

Selepas gosip tersebar dalam media hiburan pada Januari 2021 dan pada Julai tahun sama, mereka mengikat tali pertunangan dengan sebentuk cincin berlian bernilai  £160,000 (RM885k). Mereka turut tandatangani ikrar perjanjian praperkahwinan sekiranya berlaku perceraian.

Nicola anak bongsu lapan beradik dan anak tunggal Claudia Heffner Peltz, isteri ketiga, Nelson. Dia lebih kepada berperangai  'tomboy' dan bercita-cita menjadi pemain hoki sebelum mengubah pendirian selepas memasuki kelas drama ketika usia 12 tahun.

Mula mencipta nama ketika menyertai video Miley Cyrus pada usia 13 tahun dan dua tahun kemudian terpilih memegang watak Katara pada 2010 menerusi filem fantasi, The Last Airbender.

Aktres Bella Thorne pada 2015 pernah menggelarkan Nicola sebagai gadis 'kekwat (berlagak) Hollywood' kerana Thorne 'dengki' dengan kekayaan bapa Nicola yang bukan setakat billoner malah pelakon itu tidak perlu bekerja keras untuk berjaya. Bella kenal Nicola sebab kekasihnya, Gregg Sulkin turut membintangi filem Affluenza di samping Nicola pada 2014. 

Nelson Peltz, pelabur Trian Fund Management, dikatakan bernilai AS$1.7 bilion (RM6.8 bilion). - KitaReporters



Sunshine: The wedding will take place at the Peltz's family home, with marquees being set up days ahead of the ceremony

Lokasi perkahwinan Brooklyn-Nicola di Florida, Amerika Syarikat.

10
12
0
13
0

Copy Link: