Kecintaan dan kesetiaan! Suami enggan berjauhan dengan isteri! Solat di tangga temani isteri!

Published by
KitaReporters

MEMILIKI pasangan hidup yang sanggup susah senang bersama bukan sekadar bonus tapi nikmat terbaik sebagai seorang manusia, maklumlah hidup berdua pasti melalui kisah perjalanan tersendiri. Terbaharu tular kisah seorang lelaki warga emas setia menemani isterinya yang sedang menjalani pembedahan tulang akibat tulang rapuh di sebuah hospital di Indonesia, baru-baru ini. : KitaReporters


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan warga emas:

https://kitareporters.com/search?search=warga+emas


Lebih menyentuh hati, si suami itu tidak sanggup berjauhan dan sanggup menunaikan solat di laluan tangga bagi memudahkan dirinya menjenguk isterinya yang ditahan di dalam wad.

Kisah cinta sejati itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @asaibarahim yang juga merupakan seorang doktor yang betugas di hospital berkenaan.



Dr. Asa berkongsi, lelaki berusia 67 tahun itu dia mengakui tidak mahu berjauhan dengan isterinya walaupun mengetahui surau turut disediakan di tingkat bawah hospital berkenaan.

Apabila ditanya kenapa tidak menunaikan solat di surau lantas si suami itu menjelaskan dia bimbang isterinya mencarinya apabila melihat dia tiada di sisi membuatkan dia tidak mahu berjauhan dengan isterinya.

“Saya bimbang kalau isteri tiba-tiba perlukan saya tapi saya  tak boleh segera temaninya,"ujarnya.

Terdahulu, isteri lelaki berkenaan yang berusia 66 tahun ditahan di hospital tersebut disebabkan menjalani pembedahan.

Pasangan itu hanya tinggal berdua berikutan anak-anaknya tidak tinggal bersama mereka kerana mempunyai keluarga dan bekerja di bandar.



Dalam pada itu, doktor tersebut turut menjelaskan mengenai penyakit tulang rapuh yang sering dihidapi golongan wanita pada usia senja sama seperti yang dialami isteri warga emas tersebut.

Ketulusan cinta yang dipamerkan oleh warga emas itu sememangnya mengagumkan dan mendapat pelbagai respons daripada warganet.

Rata -rata mengakui sebak melihat kesetian yang dipamerkan oleh pasangan warga emas berkenaan sanggup solat di tepi tangga hanya kerana mahu setia dan dekat dengan isteri tercinta.

Inilah dinamakan cinta sejati! - KitaReporters


6
2
0
0
0

Copy Link: