DI SEBALIK berita duka tragedi pesawat Sriwijaya Air SJ182 dari Indonesia pada Sabtu, 9 Januari 2021 lalu, terdapat pula kisah sedih yang dialami isteri Kapten Afwan selepas mangsa mengucapkan "Maafkan Abang dan Jangan Lupa Solat" kepada isterinya sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah. : KitaReporters


KAPTEN AFWAN - Kredit Foto: TribunnewsBogor


Bagi isterinya kata-kata seperti itu sememangnya agak ganjil serta amat mengejutkannya kerana kebiasaannya sebelum ini, setiap kali keluar rumah untuk pergi kerja Allahyarham Afwan akan bersalam serta mencium tangan isteri sambil wajahnya tersenyum.

Menurut anak saudara Afwan, Ferza Mahardika, hanya ucapan itu sahaja dilafazkan oleh Kapten Afwan kepada isterinya ketika Allahyarham mahu keluar rumah untuk ke Bandara (Bandar Udara atau Lapangan Terbang) Soekarno-Hatta, Jakarta pada pagi Sabtu, 9 Januari 2021 bagi menjalankan tugasan sebagai juruterbang.



Ferza berkata, isteri Allahyarham terfikir juga kenapa Afwan bersikap dingin sedemikian sedangkan dia seorang peramah, beriman dan mudah diajak berbicara. 

``Perubahan lain pula, pada pagi itu (Sabtu) Afwan memakai baju kerjanya yang tidak bergosak berbanding sebelum ini setiap kali pergi kerja  dia mesti berpakaian kemas dan jikalau baju serta seluar belum lagi digosok  pasti dia suruh isterinya berbuat demikian.

 FERZA MAHARDIKA


``Hati isterinya mana tidak merasa sedih melihat perangai suaminya (Afwan) seorang peramah dan bercakap lemah lembut dengan isteri dan anak-anak selama ini tetapi tiba-tiba menjadi berubah sehingga tidak banyak bercakap,’’ katanya ketika ditemui media TribunnewsBogor di Cibinong, Jakarta, semalam, Ahad 10 Januari 2021.

Ferza memberitahu  walaupun dia mengetahui baju yang dipakai hari itu tidak bergosok dan isterinya mengambil baju itu untuk digosok sekejap, tetapi Afwan kata tidak payah gosok kerana dia mahu pergi cepat ke lapangan terbang.


OPERASI SAR di Kepulauan Seribu untuk mencari mangsa nahas pesawat Sriwijaya Air pada 9 Januari 2021 - Kredit foto: TribunnewsBogor


Sebaik kakinya melangkah pergi, isterinya yang berada di rumah asyik memikirkan tentang perangai suaminya yang bekerja dengan syarikat penerbangan udara itu sejak 15 tahun lalu telah berubah sebegitu. 

Selain daripada itu, dua hari sebelum kejadian, kapten itu yang selalu memakai kopiah daripada topi juruterbang ketika bertugas telah menukar gambar profil WhatsApp yang mengandungi perkataan: "Setinggi Apapun Aku Terbang, Tidak Akan Mencapai Surga Bila Tidak Solat Lima Waktu." 


GAMBAR profil WhatsApp yang baharu ditukar oleh Kapten Afwan dua hari sebelum tragedi nahas pesawat itu berlaku. - Kredit foto: TribunnewsBogor 


Namun beberapa jam kemudian dikhabarkan berita pesawat Sriwijaya Air yang dipandu oleh Kapten Afwan yang mempunyai tiga orang anak itu terputus hubungan dengan pusat kawalan selepas empat minit bertolak dari Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak. 

Isterinya pula pada awalnya seolah-olah tidak percaya dengan kejadian yang malang itu menimpa ke atas Afwan, walaupun suaminya semasa hendak pergi bertugas telah menunjuk petanda buruk di luar jangkaan.


OPERASI SAR menjumpai sebahagian peralatan milik Sriwijaya Air di Kepulauan Seribu pada 10 Januari 2021. - Kredit foto: TribunnewsBogor


Akibat nahas itu isterinya asyik bersedih dan berkurung di dalam bilik sehingga dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun sejak semalam. 

Pesawat tersebut dipercayai terjatuh di Pulau Lancing, Kepulauan Seribu selepas operasi SAR menjumpai beberapa rangka pesawat itu dan cebisan daging manusia.  

Pesawat Sriwijaya Air yang membawa 62 penumpang termasuk 12 anak kapal berlepas pukul 2.36 petang Waktu Indonesia Barat (WIB) dan dijangka tiba di Pontianak pada 4.15 petang WIB.


Kredit Foto : TribunnewsBogor


Sehingga petang tadi, Isnin, 11 Januari 2021, seramai 40 mayat mangsa nahas pesawat telah dijumpai dan mayat-mayat berkenaan telah dihantar ke Rumah Sakit Polis Republik Indonesia (Polri), Jakarta untuk bedah siasat.

Al-Fatihah dibacakan untuk disedekahkan kepada semua mangsa nahas pesawat Sriwijaya Air bagi mereka yang beragama Islam. Semoga roh mereka tenang di sana bersama orang-orang yang beriman. - KitaReporters

2
0
20
0
1

Copy Link: