Mas kahwin 200 unta! Model India tolak lamaran! Ishita Gupta tak cinta kepada lelaki melamarnya!
Published byISHITA GUPTA - kredit foto : Daily Star
SEORANG model dari India, Ishita Gupta terpaksa menolak tawaran mas kahwin 200 ekor unta daripada seorang lelaki akibat dia tidak berminat dengan jejaka tersebut yang tidak pernah dikenalinya sebelum dilamar.
Ishita berkata, dia menolak lamaran itu kerana juga bimbang tidak pandai menjaga binatang itu.
Model itu begitu teruja dengan lamaran itu yang agak luar biasa untuk dirinya tetapi dia tidak dapat menerimanya kerana Ishita tidak berminat dengan haiwan tersebut.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mas kahwin
SEEKOR unta di padang pasir
Dipetik Daily Star pada 14 November 2021 lalu berkata, sebelum ini Ishita pernah ditawarkan hadiah atau mas kahwin yang mahal dari lelaki lain untuk memperisterikannya tetapi tawaran unta itu agak luar biasa sepanjang hidupnya.
"Di hati kecil saya tertanya-tanya di manakah yang sepatutnya saya meletakkan unta sejumlah itu sebagai mas kahwin sekiranya saya berkahwin nanti.
‘’Saya tidak mahu menerima unta itu. Sepatutnya kita mendirikan rumah tangga berdasarkan cinta dan kasih sayang di hati masing-masing baharulah hidup kita bahagia selain saya juga tidak bersedia lagi untuk berkahwin,’’ katanya.
Kredit foto : Tribunnews.com
Di India, jarang pengantin wanita diberi mas kahwin berupa wang tunai sebaliknya harta benda yang dimiliki keluarga pengantin lelaki mengikut persetujuan pengantin wanita.
Difahamkan, Ishita mempunyai sebuah ladang yang menempatkan haiwan seperti kuda, arnab, lembu dan haiwan-haiwan lain.
Namun, katanya, dia setakat ini belum bersedia untuk menjaga unta-unta sebanyak itu selain dia juga tidak berminat serta tidak jatuh hati terhadap lelaki yang melamarnya.
‘’Unta perlu dijaga dengan teliti dan saya tidak mempunyai pengalaman untuk memelihara haiwan itu,’’ kata Ishita. - KitaReporters
INDIRA Gupta. - Kredit foto: Tribunnews.com