Video| Pernah bertunang, putus tunang! Tapi jodoh tak ke mana! Ezza akhirnya dapat miliki Remy!

Published by
KitaReporters

,,,

Remy Ishak dan Ezza Yusof diakad nikah di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2021. - Kredit foto: Dari IG Ezaarl

Pelakon popular Remy Ishak, 39, dan usahawan, Ezza Yusof, 38, rasmi menjadi suami isteri pada kira-kira jam 1 tengah pada Sabtu, 21 Ogos 2020.

Kalau dah jodoh tidak ke mana. Pasangan ini mempunyai cerita menarik.

Bercinta sejak lapan tahun lalu. Kedua-duanya pernah bertunang pada Mei 2017 tetapi pertunangan mereka putus  pada 2019. Tapi jodoh tak ke mana

Beberapa bulan lalu Remy kembali melamar bekas tunangnya secara romantis pada majlis hari jadi Ezza di sebuah restoran.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Remy Ishak



Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak yang pernah melihat keruntuhan rumah tangga ibu bapanya sewaktu kecil, menyebabkan dia begitu berhati-hati dalam mencari pasangan hidup. 

Hingga akhirnya pelakon Pujaan Hati Kanda yang gantang ini dianggap bujang terlajak.

Namun wanita bernama Ezza Yusof atau nama penuhnya Roszaliza Yusof dengan sabar terus memikat hati Remy. Dia cuba memikat hati Remy selama 8 tahun.

Pernah ditolak cintanya oleh Remy sehingga putus tunang. Ezza tidak putus asa hingga akhirnya berjaya mengikat pelakon lelaki idaman Malaya itu dalam ikatan perkahwinan.



Remy memilih Ezza sebagai isteri kerana menganggap dialah wanita yang dapat mengenali dirinya secara rapat dan sesuai

Hubungan kedua-duanya kembali terjalin apabila Remy membuat kejutan pada majlis hari jadi Ezza beberapa bulan lalu.

Setelah rasmi Remy bergelar suami, ramai golongan wanita kecewa kerana gagal memiliki lelaki idaman Malaya itu. 

Majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Negara, Kuala Lumpur itu mengikut protokol kesihatan yang ketat. Ezza dinikahkan oleh abangnya Rosman Yusof dan Remy melafazkan nikah dengan sekali ucapan dan menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Acara diadakan secara ringkas kerana mematuhi protokol kesihatan Covid-19. 



Remy mula diperkenal ke bidang lakonan oleh Osman Ali melalui filem ‘Akuarium Cinta’ pada 1997. Dia turut membintangi puluhan drama TV. Antara filem lakonan Remy yang popular ialah ‘Anak Halal’, ‘Cun’, ‘Jiwa Taiko’ dan ‘Kapcai’. Sementara drama TV yang popular ialah ‘Nur Kasih’ arahan Kabir Bhatia di TV3.

Remy pernah menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun 2010 dan 2011. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: