Haslinda Salleh (kanan) bertanya sesuatu kepada Nor Hamizah Abd Aziz ketika menziarahi dan menyampaikan sumbangan peralatan dapur kepada keluarga tersebut.


KISAH keluarga ibu tunggal berstatus orang kurang upaya di Perumahan Awam Labis, Nor Hamizah Abd. Aziz bersama tiga anaknya yang dihimpit kesempitan hidup mendapat perhatian masyarakat setempat yang hadir menghulurkan bantuan berupa barang makanan, peralatan dapur dan wang tunai

Turut turun padang menghulurkan bantuan adalah badan bukan kerajaan (NGO) Wanita Prihatin Labis yang diketuai Haslinda Salleh untuk menyerahkan sumbangan berupa peralatan memasak seperti dapur, gas memasak, tilam,  kabinet dapur dan wang tunai

Haslinda Salleh


"Selain wang tunai serta peralatan asas yang disumbangkan pada hari ini, keluarga ini juga memerlukan peralatan memasak lain seperti periuk belangga dan pinggan mangkuk untuk kegunaan seharian mereka.
"Saya juga merasa sedikit lega apabila dimaklumkan terdapat orang perseorangan yang sudi menghulurkan bantuan lain seperti barang makanan serta pakaian kepada anak-anaknya sebelum ini," katanya ditemui selepas menyerahkan bantuan peralatan asas kepada ibi tunggal tersebut di Perumahan Awam Labis, Johor pada 24 Ogos 2021.


Haslinda Salleh (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan dari Wanita Prihatin Labis kepada Nor Hamizah Abd Aziz.


Menurutnya, pihaknya akan turut berhubung dengan Nor Hamizah bagi memantau keperluan keluarga ini dari semasa ke semasa terutama sepanjang tempoh ibu tunggal itu belum mendapat kerja bagi menampung kehidupan mereka.
Kisah Nor Hamizah Abd.Aziz yang masih belum bekerja bersama tiga anaknya yang terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan dan hanya mengharap ihsan jiran-jiran mendapat perhatian pelbagai pihak selepas disiarkan dalam portal berita Kitareporters pada 23 Ogos 2021 sebelum ini. 
Katanya,  dia juga memandang serius berhubung persekolahan anak-anak Nor Hamizah yang didapati keciciran dalam pelajaran selepas tidak dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) sejak kebelakangan ini. 

"Kami akan berusaha membantu urusan pertukaran sekolah mereka bagi memastikan ketiga-tiga anaknya tidak keciciran dalam pelajaran," tambah Haslinda.


Haslinda Salleh bersama seorang salah seorang penduduk membantu Nor Hamizah memasang paip gas dapur memasak. 


Menurut Haslinda lagi, keperluan yang dihulurkan sebenarnya masih belum mencukupi untuk membolehkan keluarga tersebut menjalani kehidupan yang selesa seperti keluarga lain kerana masih terdapat keperluan asas yang belum dimiliki mereka.
Antara barangan keperluan asas lain yang sangat diperlukan mereka adalah bantal, tikar serta kelengkapan persekolahan anak-anaknya.

Sehubungan itu beliau berharap lebih banyak pihak lain akan tampil untuk menghulurkan bantuan sewajarnya terhadap keperluan keluarga tersebut.

"Saya harap bantuan yang dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga ini menjalani kehidupan yang lebih baik walaupun tidak mampu memberi keselesaan sepenuhnya kepada mereka sekeluarga setakat ini.
"Dalam masa sama saya turut menasihatkan agar dia menggunakan wang tunai yang diterima sebaik mungkin untuk membayar sewa rumah serta membayar bil utiliti sementara belum mula bekerja dan tidak mempunyai pendapatan ketika ini," katanya. - KitaReporters

Tidur anak-anak Nor Hamizah akan lebih selesa selepas mendapat tilam baharu.

2
0
0
0
0

Copy Link: