KITA yang berada di dalam negara sendiri pun berasa resah susulan wabak COVID-19 sehingga membataskan pergerakan dan aktiviti ekoran Perintah Kawalan Pergerakan. Namun bagi rakyat Malaysia di luar negara yang kini terkandas terutama pelajar yang tinggal sebatang kara di sana pastinya lebih besar dugaan dan ujian buat mereka. : KitaReporters

Bekalan makanan di sebuah pasar raya di Brisbane, Australia kehabisan.


Dalam keadaan sebegitu, ibu bapa yang berada di kampung-kampung juga pasti risau dan sudah tentu setiap hari mengenangkan khabar anak kesayangan yang jauh di seberang laut.

Gambar terkini Nuranisah Amirah Mohd. Zoolihsan di Queensland University of Technology, Brisbane, Australia. 


Seorang pelajar Malaysia Nuranisah Amirah Mohd Zoolihsan, 22, yang kini 'tersangkut' di Australia menyatakan keresahannya yang sebatang kara di negeri kanggaru berkenaan.

Dia yang menuntut di Queensland University of Technology, Brisbane, Australia menyatakan kesukaran mendapatkan stok barangan makanan yang habis susulan langkah perintah 'total lockdown'


Dalam pada itu, Zoolihsan Ahmad berkata, pada masa ini anak sulungnya yang baru mendaftar di universiti negara berkenaan pada awal Mac 2020 sentiasa menghubungi keluarga.

Katanya, anaknya yang tinggal di pangsapuri pelajar bersama pelajar Singapura dan Korea menyatakan keadaan di Queensland pada masa ini begitu terkesan apabila aktiviti keluar masuk ke negeri lain tidak dibenarkan dan lapangan terbang ditutup.

Zoolihsan Ahmad bersama isteri ketika menghantar anaknya untuk belajar ke Australia pada awal Mac 2020.


Katanya, langkah kerajaan di sana yang mengumumkan melakukan 'total lockdown' pada minggu ini menyebabkan orang ramai berebut-rebut membeli keperluan makanan.

"Baru lepas bercakap dengan Nisa dekat sana, tanya khabar macam mana keadaan. 

"Risaulah juga dia hendak cari barang, banyak sudah habis, sudah seminggu beras, pasta dan barangan lain habis stok di pasar raya dan kedai-kedai.

"Anak perempuan duduk seorang kat negara orang pula, mestilah risau, susah-susah saya dan keluarga di sini masih boleh cari barang keperluan," katanya ketika ditemui di Bera pada Jumaat, 27 Mac 2020.

Menurutnya pada masa ini, bekalan stok beras di sana telah habis langsung dan anaknya hanya bergantung sedikit makanan yang disimpan bersama rakan-rakannya.


Dalam pada itu, beliau berkata, pada masa ini, anak sulungnya masih tabah dan dia berdoa agar dipermudahkan segalanya dan hanya mampu berserah kepada Allah.

"Harap Nisa tabah kat sana, ayah ibu dan adik sentiasa mendoakan kakak.

"Apa juga keadaan Nisa ingatlah cukuplah Allah menjadi Penolong kita dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung," ujarnya. - KitaReporters 

Queensland University of Technology, Brisbane, Australia


Bandar raya Brisbane, Australia

6
0
6
1
0

Copy Link: