Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman. - Kredit foto: IG @nursajat24


"TAK payahlah bawa balik @ekstradisi Nur Sajat tu. Biar dia kena penjara dulu di sana sampai habis. Kerajaan Thai akan hantar pulang. Masa itu baru ambil. 

"Ikut undang-undang negara itu, lama juga kena penjara kalau bab tipu pasport ni. Biar dia tenang-tenang jadi 'wanita' di penjara tu dulu," demikian cadangan seorang netizen, Muhamad Fauzi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Muhammad Sajjad (Nur Sajat)


Lily Anok juga bersetuju: "Jangan halang dia hendak ke Australia. Biarkan. Tarik balik kerakyatan, sita semua harta dia di Malaysia. Blacklist dari masuk ke Malaysia semula. Biar dia kena tinju kat haiwan kanggaro kat sana." 

Afzulnizam Aris juga mahu usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, tidak dibawa balik. 

"Kalau di penjara pun akan 'menghabiskan beras' (duit) saja bagi menjaga makan minum dia. Just 'blacklist' (senaraihitamkan) dia dari masuk ke negara ni. Ada dia di sinipun menyusahkan," tegas Afzulnizam.


Lily Anok.


Mereka adalah rata-rata netizen yang menyuarakan rasa 'geram' dan 'sakit hati' dengan sikap dan perbuatan Nur Sajat yang 'dayus' melarikan diri tetapi selepas itu, seolah-olah menyindir pihak berkuasa negara ini yang tidak dapat menangkapnya ketika mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan, bahawa Nur Sajat ditahan oleh pihak imigeresen Thailand pada 8 September 2021 atas tuduhan memiliki pasport tidak sah.

Saiful Kasim mencelah: "Ostolia nak ambik bang jat? silakan! ahhaahhaa! Ambil sekali semua geng2 trans kat Malaysia ni." 

Syamsul Azwan Adry Azem turut menyarankan supaya pihak tertentu negara ini: 'Block ja akaun Sajat tu, nak hidup macamana kalau tidak ada duit."


Mungkin gambar dekat 1 orang, jambang, cermin mata dan dalam

Saiful Kassim


Seorang lagi netizen Ajid Jb (gambar atas) juga memberi komen bahawa membawa pulang Sajat itu seolah-olah tiada 'makna'. "Bawa pulang, lepas itu kena ikat jamin dan bayar denda," tulisnya. 

Tuah Hamid berkata, "Akaun bank persendirian boleh dormant setelah setahun tidak aktif. Berpisah dengan keluarga dan sahabat handai.. apa yang abang Sajat ni cari. Semoga diberikan hidayah kepada kita semua tentang perbuatan dia ini."


Tuah Hamid.


Sementara itu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pula berharap kerajaan Malaysia yang sedang berunding dengan Thailand berjaya membawa balik atau mengekstradisi pulang usahawan kontroversi kosmetik berkenaan untuk dibicarakan kes tertangguhnya selepas 'lelaki' itu meloloskan negara ke sempadan negara itu.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad yang dipetik oleh beberapa media tempatan berkata usahawan itu akan dihadapkan semula ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk dibicarakan susulan kesnya yang tertangguh selepas Nur Sajat melarikan diri.

Perbicaraan membabitkan Nur Sajat dituduh berkelakuan dan berpakaian menyerupai wanita pada 2018 di Shah Alam, Selangor.

Pertuduhan mengikut Seksyen 10 (a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Katanya, pihaknya menunggu untuk menyerahkan Nur Sajat kepada mahkamah dan hakim akan menetapkan tarikh perbicaraan yang baharu.

"Jais menunggu untuk menyerahkan Nur Sajat kepada mahkamah dan selepas itu terserah kepada hakim untuk membuat keputusan mengenai kesnya. Pihak kita hanya akan dirujuk kerana lebih tahu mengenai prosedur Mahkamah Syariah," katanya.


Mohd Shahzihan Ahmad. - Kredit foto: Sinar Harian


Pada 23 Februari 2021 lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap ke atas Nur Sajat kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

Nur Sajat baru-baru ini juga dilaporkan ditahan oleh pihak Imigresen Thailand di sebuah kondominium mewah di Bangkok pada 8 September 2021 yang lalu dan dia kemudian dihadapkan ke mahkamah Thailand dan didenda RM8,343 (AS$2,000).

Pihak imigresen Thailand mendapati Nur Sajat adalah buruan yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia. Kerajaan Malaysia juga telah membatalkan pasportnya setelah meloloskan diri dari negara ini.


Kredit foto: Grafik Harian Metro


Sajat dikatakan menyamar dengan memakai purdah dan niqab, melarikan diri dari kediamannya di Petaling Jaya. Dia  dilaporkan membayar sejumlah RM20,000 kepada seorang penduduk yang memiliki dua kerakyatan. Dia dibawa menaiki gerabak kereta api ke Padang Besar, Perlis untuk diseludup ke sempadan Hatyai pada Mac 2021. 

Nur Sajat dipercayai bersembunyi di sebuah kondomiun mewah di kota Bangkok, ditemani rakan-rakan yang 'sejenis' dengannya.

Hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati Nur Sajat berada di kondo berkenaan dan dengan kerjasama pihak berkuasa Thailand, dia 'diberkas' pada 8 September 2021 sebelum dihadapkan ke mahkamah pada 20 September 2021. 

Kini Sajat perlu melaporkan diri setiap dua minggu sekali sebelum dikatakan akan berlepas ke Australia untuk mendapat perlindungan sebagai pelarian di negara Kanggaro itu.



Sementara itu sumber memberitahu Harian Metro, semakan Jabatan Imigeresen Thailand mendapati pasport Nur Sajat dibatalkan oleh kerajaan Malaysia. Dia kemudian menyerahkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan memaklumkan dia seorang 'pelarian'.

“Hasil soal siasat dilakukan oleh pegawai imigresen Thailand, Nur Sajat memaklumkan dia sedang mendapatkan kebenaran berpindah dan berlindung di Australia,” menurut sumber itu.

Nur Sajat dikatakan memperolehi kad UNHCR dari ibu pejabat badan itu di Bangkok dan urusan berkaitan perpindahan Nur Sajat juga sedang diusahakan oleh UNHCR dengan wakil Kedutaan Australia di Bangkok.

Sumber memberitahu akhbar Harian Metro, pihak UNHCR Bangkok telah pun menyediakan peguam bagi Nur Sajat dan bersedia membantu pengeluar kosmetik itu untuk mendapatkan kebenaran berhijrah ke Australia.


Rundingan membawa pulang Sajat untuk menghadapi perbicaraan di Mahkamah Syariah Selangor besar kemungkinan berdepan masalah kerana dikatakan ada campur tangan pihak antarabangsa membabitkan negara dan pertubuhan tertentu komited untuk menghalangnya.

Nur Sajat dikatakan menggunakan isu nyawanya diancam selepas mengambil keputusan murtad berikutan tekanan masyarakat negara ini yang mahukan dia tidak menghina agama Islam dengan perbuatan dan celaannya kepada umat Islam.

Australia sejak kebelakangan ini telah menjadi syurga pilihan yang memberi perlindungan kepada rakyat Malaysia yang secara terbuka telah mengumumkan pemurtadan mereka dari agama Islam.

Sebelum ini, negara digemparkan apabila seorang wanita Melayu yang aktif menghina Islam secara terbuka, Sharifah Farlearton dan suaminya, Yusri telah melarikan diri untuk mendapatkan perlindungan di negara itu selepas mengumumkan pemurtadan mereka. - KitaReporters


15
10
0
10
0

Copy Link: