Tolong kami! Bantu Hashim Hamzah! Warga emas hidup sebatang kara! Di dalam reban ayam 5 tahun!
Published bySebuah reban ayam dalam kebun getah yang diubah suai untuk dijadikan tempat tinggal oleh warga emas Hashim Hamzah
AGAK sukar untuk mempercayai masih ada insan yang hidup dalam kedaifan dan terpaksa hidup dalam sebuah reban ayam sebagai tempat tinggal untuk menghabiskan sisa-sisa hidup dalam zaman serba moden ini.
Warga emas, Hashim Hamzah, 60, dari
Kampung Gong Nering, Beris Baru, Kuala Besut, Terengganu, menghadapi realiti kehidupan dengan tinggal di dalam sebuah pondok yang merupakan sebuah reban ayam sejak lima tahun lalu akibat
kemiskinan.
Bukan itu sahaja, dia yang tinggal sebatang kara tetap gigih dan tabah setelah melalui peristiwa hitam sedikit masa lalu. Kini beliau keseorangan dalam mengharungi hidup.
Lagi cerita-cerita sedih berkaitan sebatang kara
Sebuah reban ayam yang diubah suai untuk dijadikan tempat tinggal oleh warga emas Hashim Hamzah di Kampung Gong Nering, Beris Baru, Kuala Besut di Terengganu.
Di reban ayam tersebut dia menumpang tempat berteduh dengan tiada sebarang kemudahan asas termasuk bekalan eletrik sebaliknya berbekalkan lampu sumbu menggunakan minyak masak sebagai cahaya untuk menerangi waktu malam.
Reban ayam yang menjadi tempat tinggal Hashim juga tiada mempunyai bilik air dan tiada dapur.
Menurut Hashim, dia tinggal di situ adalah dengan ihsan seorang kawan, beliau diberi tinggal direban ayam. Makan minumnya dimasak sendiri hasil daripada menoreh getah dimiliki tuan reban ayam.
Katanya, pihak tuan tanah memberi kebenaran untuk beliau mengubah suai reban ayam sebagai tempat kediaman bagi beliau meneruskan kehidupan.
Hashim menunjukkan pelita sumbu menggunakan minyak masak yang dibuatnya untuk menerangi hidup pada waktu malam
Ketika berkunjung ke kediaman tersebut, Hashim seolah-olah tidak merasa kekok tinggal di situ sebaliknya sudah sebati dalam kehidupan harian.
Beliau yang mengalami penyakit lelah dan bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan mingguan RM200 mengubah suai reban ayam tersebut kerana tidak mempunyai tempat lain untuk dijadikan kediaman.
“Saya bersyukur kerana tuan tanah membenarkan saya tinggal di tanah miliknya dalam kebun getah dan dapat berteduh daripada hujan dan panas walaupun terpaksa tinggal bersama ayam ternakan,” katanya.
Hashim mengubah suai tong minyak untuk dijadikan dapur menggunakan kayu untuk memasak
Beliau, yang pernah berumah tangga dengan seorang wanita dan mempunyai tiga anak dua lelaki dan seorang perempuan berusia antara 14 dan 21 tahun, sudah lebih lima tahun berpisah sebagai pasangan suami isteri.
“Walaunpun tinggal sebatang kara dalam reban ayam tetapi saya tetap gembira dan bersyukur keraana masih mampu melakukan kerja menorah getah dan menternak ayam sebagai sumber pendapatan,” katanya.
Jika ada pihak yang bersimpati dan ingin membantu Hashim bolehlah menghubungi Mohd Izzat Zubir, Pengurus Projek Rumah Asnaf melalui talian 018-9091687. - KitaReporters
Hashim berdiri di depan reban ayam manakala di bahagian belakang adalah bilik tidurnya.