Damailah bidadari syurga! Penantian 10 tahun! Jururawat positif Covid-19 meninggal lahirkan bayi!
Published byhttps://kitareporters.com/terkini/jnegJ4v6dw
PENGALAMAN membawa nyawa dalam kandungan adalah sesuatu yang indah namun dalam zaman pandemik ini mungkin keadaan sedikit berbeza kerana ibu hamil pasti bimbangkan risiko dijangkiti Covid-19.
Jika tanpa sebarang masalah kesihatan pun, ibu hamil boleh mengalami masalah pernafasan khususnya apabila memasuki trimester ketiga, apatah lagi sekiranya dijangkiti virus yang menyerang sistem pernafasan.
Sebanyak 70 kes kematian membabitkan ibu hamil disebabkan oleh komplikasi jangkitan Covid-19 yang dilaporkan dari Mac 2020 sehingga 8 Ogos 2021 lalu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kelahiran
Tular kisah seorang jururawat dalam Facebook yang sedang hamil 6 bulan turut dilaporkan menghadapi situasi sama.
Apa yang paling menyedihkan, kisah wanita yang bernama Norfaizah Mohamed Nor ini ternyata menyayat hati kerana kehamilan ini yang ditunggu-tunggu olehnya selama 10 tahun perkahwinan.
Namun, beliau terpaksa melahirkan bayinya pada usia kandungannya yang baru mencecah 26 minggu secara pembedahan Cesarian.
Sebelum ini beliau dijangkiti Covid-19 kerana dijangkiti daripada pesakitnya di bawah kendaliannya.
Semoga bidadari syurga ini tenang di sana. Pengorbananmu semasa melahirkan akan dikenang oleh anakmu yang tidak mempunyai seorang ibu tetapi akan terus kuat dengan kekuatanmu yang mempertahankannya.
Rata-rata netizen yang membaca kisah jururawat ini merasa sangat sedih akan pemergiannya dan mengucapkan takziah. Damailah kau bidadari syurga!! - KitaReporters